Leverkusen halang Neuer lakar sejarah

Leverkusen halang Neuer lakar sejarah

BERLIN, 3 Mei (AFP) – Bayer Leverkusen menjaringkan dua gol untuk menewaskan wira Piala Dunia Jerman, Manuel Neuer semalam untuk menghalang penjaga gol itu dari melakar sejarah Bayern Munich dan meningkatkan harapan mereka bagi Liga Juara-Juara.

Neuer berada dalam perlawanan itu untuk memburu satu lagi permainan bersih bagi mengetepikan rekod Oliver Khan dalam 19 perlawanan bersama Bayern dalam semusim tanpa bolos. Tetapi Bayern kemudian kesal menurunkan pasukan lemah ketika mereka bersedia bagi separuh akhir Liga Juara–Juara menentang Barcelona Rabu ini.

Pemain antarabangsa Leverkusen dari Turki, Hakan Calhanoglu melepaskan rembatan bebas dari jarak 25 meter menembusi dinding Bayern dan menewaskan Neuer.

Pada separuh masa kedua, Karim Bellarabi merobek pertahanan Bayern dalam larian sebelum membuat hantaran kepada Julian Brandt yang dengan mudah mendapatkan jaringan mudah pada ulang tahunnya yang ke 19.

Keputusan itu adalah kekecewaan terbaru Bayern selepas kekalahan pertengahan minggu dalam separuh akhir Piala Jerman. Tetapi jurulatih Pep Guardiola sudah melengkapkan gelaran Bundesliga dan mahu merehatkan beberapa pemain utama bagi kempen Liga Juara–Juara.

Midfield Leverkusen, Hakan Calhanoglu (kanan) meraikan jaringan pertama Bundesliga semasa menentang Bayern Munich di BayArena Leverkusen, semalam. – AFP
Midfield Leverkusen, Hakan Calhanoglu (kanan) meraikan jaringan pertama Bundesliga semasa menentang Bayern Munich di BayArena Leverkusen, semalam. – AFP

Guardiola merehatkan penjaring terbanyak, Robert Lewandowski, Thomas Mueller dan Jerome Boateng dari skuad itu dan Xabi Alonso dan Thiago Alcantara bermula di bangku simpanan. Arjen Robben dan Franck Ribery mengalami kecederaan.

Kemenangan 2-0 itu membawa Leverkusen, yang sekarang belum ditewaskan dalam 10 perlawanan liga, di tempat ketiga satu mata di depan Borussia Moenchengladnach dan ke dalam salah satu dari tiga tempat secara automatik dalam kelayakan bagi Liga Juara–Juara musim depan. Moenchengladbach beraksi di Hertha Berlin hari ini.

Wolfsburg di tangga kedua menyerahkan dua gol pendahuluan menentang pasukan yang diancam penyingkiran Hanover 96 untuk melepaskan kutipan mata. Pesaing akhir Piala Jerman Wolfsburg, Borussia Dortmund juga seri 1-1 di Hoffenheim.

ARTIKEL YANG SAMA