Leverkusen masih ada peluang – Chicharito

Leverkusen masih ada peluang – Chicharito

LEVERKUSEN, 17 Mac (Agensi) – Penyerang Bayer Leverkusen, Javier Hernandez menegaskan, mereka masih mempunyai peluang untuk mara ke suku akhir meskipun ketinggalan 2-0 di tangan Villareal pada aksi kelompok 16 terbaik Liga Europa.

Mereka perlu bangkit daripada ketinggalan dua gol dalam usaha mara ke suku akhir selepas dua gol Cedric Bakambu membenam pasukan itu di Villareal, minggu lalu. Malah, pemain pertahanan mereka, Tin Vedvaj turut dibuang padang pada minit-minit akhir perlawanan timbal balik pertama ini.

Begitupun, Hernandez atau Chicharito masih optimis mengenai peluang kelabnya itu untuk layak ke suku akhir selepas merakam kemenangan 1-0 ke atas Hamburg dalam saingan liga.

“Ia pastinya aksi yang sengit sama seperti pada perlawanan timbal balik pertama. Ketinggalan 2-0 lebih menyukarkan, namun kami akan mencuba untuk memanfaatkan setiap peluang yang kami peroleh.

Chicharito (kanan) ketika beraksi dalam perlawanan pusingan pertama 16 perlawanan terakhir Liga Juara-Juara yang lalu. Hernandez dan Chicharito masih optimis mengenai peluang kelabnya itu untuk layak ke suku akhir selepas merakam kemenangan 1-0 ke atas Hamburg dalam saingan liga. – AFP

“Peluang masih lagi terbuka. Jika mereka gagal menjaringkan gol dan kami mampu menjaringkan dua gol maka kami berjaya mengikat kedudukan. Apa saja boleh berlaku dalam masa 90 minit aksi bola sepak.”

“Semangat pasukan sedang melonjak, tambahan pula menang ke atas Hamburg membolehkan kami menghampiri slot ke Liga Juara Juara musim hadapan.

“Pertandingan Eropah memberi motivasi kepada kami. Pasukan terbaik di dunia beraksi dalam dua kejohanan Eropah terbabit jadi kami gembira menjadi sebahagian daripadanya,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA