Leverkusen tambat CSKA Moscow

Leverkusen tambat CSKA Moscow

MOSCOW, 23 Nov – Bayer Leverkusen hanya seri 1-1 di CSKA Moscow semalam untuk meletakkan kelab dari Jerman itu di pinggir kelayakan peringkat kalah mati Liga Juara-Juara.

Kevin Volland meletakkan Leverkusen di depan selepas 16 minit sebelum pemain antarabangsa Israel Bibras Nartcho menyudahkan sepakan penalti pada babak kedua untuk selesai seri dengan kelab dari Rusia itu.

Leverkusen layak ke pusingan 16 terakhir selepas Monaco menewaskan kelab England, Tottenham 2-1 dalam Kumpulan E lewat semalam.

Pasukan pelawat bermula dengan baik dan pada minit ke lapan Hakan Calhanoglu mensia-siakan peluang bagi jaringan pembukaan yang tersasar hanya beberapa inci dari kiri tiang gol dengan rembatan leret.

CSKA membalas dengan rembatan Alexander Golovin dari luar kotak penalti, yang berjaya ditepis oleh Bernd Leno.

Pertahanan Leverkusen Jonathan Glao Tah (kiri) bersaing dengan pemain CSKA Fedor Chalov untuk menguasai bola dalam saingan Liga Juara-Juara di CSKA Arena di Moscow, kelmarin. – AFP
Pertahanan Leverkusen Jonathan Glao Tah (kiri) bersaing dengan pemain CSKA Fedor Chalov untuk menguasai bola dalam saingan Liga Juara-Juara di CSKA Arena di Moscow, kelmarin. – AFP

Pada minit ke-16, Volland memastikan CSKA menerima padah kerana kehilangan tumpuan sehingga dia berjaya melepasi perangkap ofsaid untuk menyudahkan hantaran Kevin Kampl, yang meledakkan rembatan dari jarak lapan ela untuk menewaskan penjaga gol Igo Akinfeev.

Alan Dzagoev, yang kembali selepas dua bulan tidak beraksi dengan kecederaan, terlepas peluang untuk menyamakan kedudukan sebelum perlawanan memasuki setengah jam selepas voli jarak tujuh ela hanya melepasi palang.

Kapten pasukan Bayer, Omer Toprak juga menyudahkan jaringan pada minit ke-39 tetapi tidak dikira kerana dia berada dalam kedudukan ofsaid.

Selepas rehat, CSKA yang memerlukan kemenangan untuk menghidupkan harapan bagi menempah tempat ke peringkat kalah mati, terus menyerang dan pada minit ke-69, tetapi Alexander Golovin gagal menyudahkan bola melantun dari jarak empat ela.

Tetapi minit ke-76, Natcho menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti selepas pemain pertahanan Bayer, Benjamin Henrich mengasari Mario Fernandez dalam kotak penalti.

Volland hampir saja mengekalkan pendahuluan pasukan pelawat ketika perlawanan berbaki 10 minit tetapi rembatan melencongnya dari jarak dekat hanya mengenai tiang gol dan melantun keluar. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA