Lewandowski bantu Bayern

Lewandowski bantu Bayern

BERLIN, 20 Mac (AFP) – Penjaring terbanyak Bundesliga, Robert Lewandowski meledak gol ke-25 musim ini bagi membantu Bayern Munich melakar kemenangan 1-0 ke atas Cologne, malam tadi.

Kemenangan memberikan Bayern kelebihan lapan mata di puncak liga sambil menanti keputusan perlawanan membabitkan Borussia Dortmund yang dijadualkan beraksi, awal pagi ini.

“Apabila kami hanya menang 1-0, ia amat berbahaya sehingga penghujung permainan. Ia menyedihkan kerana kami mempunyai banyak peluang, namun akhirnya kami membawa pulang tiga mata,” kata Lewandowski.

Kerapuhan jentera pertahanan Cologne membenarkan Bayern meledak seawal minit ke-10 yang menyaksikan Lewandowski memperbaiki rekod jaringan terbaiknya sebelum ini ketika bersama Dortmund pada musim 2012-13.

“Saya berharap masih ada banyak lagi permainan dan gol untuk dijaringkan. Jumlah yang saya perlukan untuk merangkul trofi penjaring terbanyak bukan isu buat saya,” kata penyerang kelahiran Poland itu.

Lewandowski dan Mergim Mavraj ketika beraksi dalam perlawanan FC Cologne menentang Bayern Munich di German. Lewandowski meledak gol ke-25 musim ini bagi membantu Bayern Munich melakar kemenangan 1-0 ke atas Cologne, malam tadi. - Reuters
Lewandowski dan Mergim Mavraj ketika beraksi dalam perlawanan FC Cologne menentang Bayern Munich di German. Lewandowski meledak gol ke-25 musim ini bagi membantu Bayern Munich melakar kemenangan 1-0 ke atas Cologne, malam tadi. – Reuters

Lewandowski ketika ini bersaing bersama penyerang Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang (22 gol) dan rakan sepasukannya, Thomas Mueller (19) untuk anugerah sama.

Dortmund dalam pada itu boleh mengembalikan defisit jurang mata kepada lima seandainya mencatat kemenangan ke atas Augsburg, awal pagi ini.

Pasukan tangga kedua Dortmund akan mendapat peluang untuk mengurangkan jurang kembali kepada lima mata apabila mereka pergi ke Augsburg pada hari Ahad, tetapi jurulatih Thomas Tuchel sedang menunggu untuk melihat sama ada Pierre-Emerick Aubameyang akan bersedia untuk menyertai permainan tersebut.

Aubameyang, yang telah menjaringkan 35 gol musim ini termasuk 22 dalam Bundesliga, masih ragu untuk menyertai perlawanan tersebut berikutan kematian datuknya.

ARTIKEL YANG SAMA