Lewandowski: Bayern tidak perlu penyerang baru

Lewandowski: Bayern tidak perlu penyerang baru

BERLIN, 21 Jan – Penyerang berbisa Poland Robert Lewandowski hari ini berkata bahawa Bayern Munich tidak perlu mendapatkan penyerang lain ketika prospek saingan untuk posisi beliau di Bavaria mula diperkatakan.

“Jika saya di sini, mengapa Bayern memerlukan penyerang baru?” tanya Lewandowski pada sidang media selepas Pengerusi Bayern, Karl-Heinz Rummenigge mencetuskan khabar angin perpindahan baru-baru ini dengan memuji pemain antarabangsa Argentina Napoli, Gonzalo Higuain.

“Saya bersedia untuk bermain 60 perlawanan semusim dan kami mempunyai pemain utama yang lain dalam jentera serangan. Saya tidak perlukan persaingan untuk berlatih lebih keras.”

Lewandowski mencatatkan rekod Bundesliga September lalu dengan menjaringkan lima gol dalam sembilan minit semasa Bayern membelasah Wolfsburg 5-1 di Munich.

Lewandowski masih mampu menggalas tugas penyerang dan tidak nampak keperluan Bayern untuk mengambil pemain baru. - Reuters
Lewandowski masih mampu menggalas tugas penyerang dan tidak nampak keperluan Bayern untuk mengambil pemain baru. – Reuters

Pemain berusia 27 tahun itu telah menjaringkan 16 gol dalam 15 perlawanan liga musim ini dan penjaring kedua terbanyak selepas Pierre-Emerick Aubameyang dari Borussia Dortmund, yang telah menjaringkan 18 gol dalam 17 perlawanan dalam liga utama Jerman.

Tetapi Lewandowski menegaskan dia belum lagi mengalah dalam persaingannya menentang Aubameyang untuk menjadi penjaring terbanyak liga.

“Tidak ada kawasan permainan saya sempurna,” tegas Lewandowski, yang mempunyai kontrak sehingga 2019 dan mempunyai nilai pasaran dianggarkan 70 juta euro (AS$76.47 juta).

“Saya masih boleh memperbaiki ketajaman saya. Pada masa ini, saya tidak berfikir tentang siapa yang akan menjadi penjaring terbanyak. Jika saya mempunyai peluang beraksi pada perlawanan terakhir, mungkin saya akan berfikir tentang hal itu kemudian.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA