Lewandowski diiktiraf Guiness

Lewandowski diiktiraf Guiness

BERLIN, 1 Dis (AFP) – Penyerang Bayern Munich Robert Lewandowski diiktiraf secara rasmi oleh Buku Rekod Guinness (GBR), hari ini selepas meledak lima gol dalam satu perlawanan Liga Bundesliga.

Dengan empat rekod sekali gus, Lewandowski hanya memerlukan masa lapan minit 59 saat untuk menjaringkan lima gol selepas masuk selaku pemain gantian babak kedua – memastikan pendahulu liga, Bayern menang 5-1 ke atas Wolfsburg di Munich pada 22 September.

“Ia malam bersejarah buat saya,” kata Lewandowski selepas majlis menerima empat sijil itu.

Dia mencatat rekod hatrik terpantas dengan hanya 3:22, empat gol terpantas (5:42), lima gol paling pantas dan muncul pemain pertama dalam sejarah Liga Jerman menyumbat lima gol masuk sebagai pemain gantian.

Robert Lewandowski ketika beraksi menentang pasukan Hertha Berlin di Munich. – AFP
Robert Lewandowski ketika beraksi menentang pasukan Hertha Berlin di Munich. – AFP