Lewandowski gagal pamerkan rentak Bayern

Lewandowski gagal pamerkan rentak Bayern

MARSEILLE, 22 Jun (AFP) – Pengurus Poland, Adam Nawalka tidak risau dengan persembahan pemain bintangnya, Robert Lewandowski selepas Poland mara ke peringkat 16 pasukan terbaik sejurus menewaskan Ukraine 1-0 sebentar tadi.

“Hakikat Lewandowski belum menjaringkan sebarang gol bukan satu masalah buat saya atau kepada pasukan ini. Ia hanya faktor masa. Saya rasa dia akan meledak gol dalam aksi akan datang,’’ kata Nawalka kepada media di Stade Velodrome.

Poland menduduki tangga kedua Kumpulan D dengan tujuh mata selepas mencatat dua kemenangan iaitu menewaskan Ireland Utara dan Ukraine (1-0) dan dan seri tanpa jaringan melawan Jerman.

Poland akan melawan Switzerland pada pusingan kalah mati. Lewandowski yang juga sayap Bayern Munich berbeza nasib kali ini berbanding Arkadiusz Milik yang meledak gol menewaskan Ireland Utara manakala Jakub Blaszczykowski penjaring tunggal menewaskan Ukraine.

Robert Lewandowski menahan sakit semasa beraksi menentang Ukraine dalam aksi terakhir Kumpulan C di stadium Velodrome, Marseille kelmarin. – AP
Robert Lewandowski menahan sakit semasa beraksi menentang Ukraine dalam aksi terakhir Kumpulan C di stadium Velodrome, Marseille kelmarin. – AP

UEFA-Euro-2016-Logo

Skuad Poland menyumbat 33 gol dalam pusingan kelayakan sekali gus mengatasi semua pasukan dengan kebanyakan jaringan dilakukan Lewandowski.

“Dia melaksanakan banyak tugasan dengan sempurna dan memiliki pengaruh besar dalam kemenangan dan corak permainan kami.

“Dia sentiasa memainkan peranan menyokong elemen kemenangan pasukan ini dan sanggup mengorbankan kepentingan peribadi untuk kejayaan Poland,’’ kata Nawalka.

ARTIKEL YANG SAMA