Lewandowski wira Bayern

Lewandowski wira Bayern

BERLIN, 11 Feb – Robert Lewandowski dua kali menggegar gawang lawan ketika memastikan kemenangan 3-0 Bayern Munich ke atas VfL Bochum yang beraksi 10 pemain untuk meneruskan kemaraan ke separuh akhir Piala Jerman, awal pagi tadi.

Di separuh akhir pada 19 dan 20 April ini, Bayern dijadualkan bertemu Werder Bremen di gelanggang sendiri manakala Hertha Berlin akan menerima kunjungan Borussia Dortmund pada 19 April nanti.

Ini adalah kali ketujuh berturut-turut Bayern layak ke kelompok empat terbaik selepas melakar rekod menjulang trofi itu sebanyak 17 kali.

Jaringan gol daripada Robert Lewandowski membantu Bayern Munich mencatat kemenangan pada perlawanan tersebut.

“Sebelum kami menjaringkan gol pertama, ia tugas sukar. Bochum beraksi dengan cukup baik dan ia sentiasa merbahaya untuk saingan ini,” kata Lewandowski.

Aksi Lewandowski dalam satu perlawanan. – Reuters
Aksi Lewandowski dalam satu perlawanan. – Reuters

Pengendali Bayern, Pep Guardiola berdepan beberapa masalah ketika aksi dengan kelab divisyen kedua, Bochum selepas Thomas Mueller gagal menyempurnakan penalti.

Saya rasa Arjen Robben senghaja menjatuhkan diri dan ia tidak patutnya kad merah, ia perbuatan senghaja,” kata jurulatih Bochum. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA