Lewis Hamilton rebut petak pertama

Lewis Hamilton rebut petak pertama

BUDAPEST, 26 Julai (AFP) – Juara Formula Satu (F1), Lewis Hamilton merebut petak pertama dalam perlumbaan GP Hungary dalam meneruskan impian menyamai keunggulan idolanya, Ayrton Senna.

Hamilton merakam masa terpantas pada sesi kelayakan GP Hungary untuk bermula di depan bagi kali kesembilan daripada 10 perlumbaan musim ini dan yang ke-47 sepanjang kerjayanya.

Senna pula memiliki rekod petak pertama sebanyak 65 namun Hamilton mungkin boleh merapati rekod itu musim depan.

“Ketika usia kecil saya, keinginan utama saya untuk menyainginya (Senna). Biarpun masih jauh, tapi saya sentiasa menjadikannya idola kejayaan saya,” kata Hamilton.

Hamilton berada .575 saat di depan rakan sepasukannya dari Mercedes, Nico Rosberg dan .719 di depan dari saingan pelumpa pasukan Ferrari, Sebastian Vettel, yang mempunyai 45 pencapaian petak utama.

Hamilton selepas selesai ujian kelayakan di litar Hungaroring di Mygotod, Hungary semalam. - AFP
Hamilton selepas selesai ujian kelayakan di litar Hungaroring di Mygotod, Hungary semalam. – AFP

Michael Schumacher masih mendahului dengan 68 kali. Hamilton, yang mampu menyamai rekod Senna iaitu tiga gelaran juara dunia F1 sekiranya dia menang lagi tahun ini, dilihat mempunyai prestasi dominan minggu ini termasuk mengungguli sesi latihan.

Hamilton, yang memulakan perlumbaan di petak pertama untuk kali kelima di GP Hungary, juga dilihat bakal menakluki Litar Hungaroring hari ini, iaitu kemenangan kelimanya musim ini.

ARTIKEL YANG SAMA