LG lancar telefon pintar V20

LG lancar telefon pintar V20

SAN FRANCISCO, 7 Sept – Syarikat elektronik pengguna Korea Selatan LG melancarkan telefon pintar V20 yang mensasarkan “tukang cerita” era internet sehari sebelum acara Apple yang dijangka memperkenalkan iPhone baru.

LG memperkenalkan V20 di San Francisco, memaparkan fungsi kamera dan audio yang bertujuan membawa kualiti pengeluaran peringkat profesional kepada saat-saat kasual yang dirakam di telefon pintar.

“V20 dicipta dengan memikirkan tukang cerita; generasi penglihatan,” kata pengarah komunikasi LF Frank Lee ketika memperkenalkan handset berkenaan.

“Ia direka untuk meraikan idea saat-saat yang tidak boleh dilepaskan.”

Telefon pintar V20 dipamerkan di Seoul, Korea Selatan, kelmarin. - AP
Telefon pintar V20 dipamerkan di Seoul, Korea Selatan, kelmarin. – AP

V20 dianggap sebagai telefon pintar pertama yang dihantar dengan sistem operasi Google Nougat baru yang memaparkan ciri-ciri termasuk peningkatan kepada pengendalian grafik dan prestasi bateri.

Handset juga memaparkan pelbagai mikrofon dan teknologi untuk merakam dan memain semula bunyi pada tahap kualiti yang disesuaikan untuk penggemar audio yang cerewet.

“Ia bermakna anda mendapat video daripada konsert langsung dan acara lain,” kata Lee tentang V2, yang mempunyai skrin definisi tinggi 5.7 inci.

V20 boleh diperoleh pada akhir bulan ini pada harga yang masih belum didedahkan, menurut LG. – AFP