LG lapor penurunan jualan suku kedua

LG lapor penurunan jualan suku kedua

SEOUL, Korea Selatan, 29 Julai (Agensi) – LG Electronic mengatakan pendapatan suku keduanya menjunam 45 peratus dalam setahun sebelumnya tatkala kerugian melebar pada perniagaan Televisyennya.

Syarikat tersebut melaporkan hari ini keuntungan bersih 226.4 bilion won (AS$195 juta) bagi suku bulan April hingga Jun, berbanding dengan 411.8 bilion won setahun sebelumnya. Kaji selidik FactSet terhadap analisis meramalkan keuntungan 204.8 bilion won.

Jualan menurun 8 peratus kepada 13.9 trilion won dan pendapatan operasi susut 60 peratus kepada 244 bilion won.

Kadar mata wang lemah di Eropah dan Rusia mencederakan kemahuan terhadap TV dan keuntungan. Perusahaan mudah alih LG menghasilkan keuntungan kecil apabila membelanjakan berat terhadap mempromosikan telefon pintar utamanya G4 bagi berdepan dengan telefon pintar keluaran Apple iPhone dan Samsung Galaxy.

LG telah berada dalam perjuangan berat terhadap pasaran telefon pintar premium yang didominasi oleh Apple dan Samsung.