Libatkan belia dalam rancangan masa depan negara

Libatkan belia dalam rancangan masa depan negara

KUCHING, 13 Jun (Bernama) – Anggota Dewan Undangan Negeri Layar, Gerald Rentap Alfred Jabu mahu belia turut dilibatkan dalam rancangan masa depan negara ini.

Sikap memandang rendah keupayaan mereka untuk menghadapi cabaran dan memikul tanggungjawab akan hanya membawa padah, katanya.

Kerajaan perlu menggunakan dan memanfaatkan sepenuhnya potensi yang dimiliki golongan belia untuk menjamin masa depan lebih gemilang untuk seluruh rakyat.