Liberia isytiharkan bebas Ebola

Liberia isytiharkan bebas Ebola

MONROVIA, 15 Jan (Reuters) – Liberia telah diisytiharkan bebas daripada virus Ebola oleh pakar-pakar kesihatan dunia kelmarin, satu peristiwa yang menandakan pengakhiran wabak di Afrika Barat yang telah membunuh lebih daripada 11,300 orang.

Akan tetapi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa ia masih boleh menular di rantau ini, yang telah dialami oleh wabak dunia yang mematikan sejak dua tahun yang lalu, dimana mangsa yang menghidapi penaykit itu boleh membawa virus selama berbulan-bulan dan boleh tersebar kepada yang lain.

Liberia merupakan negara yang terakhir terjejas untuk disahkan bebas Ebola, dengan tiada kes Ebola selama 42 hari, dua kali lama daripada ‘tempoh pengeraman’ virusitu.

“Semua rantaian penghantaran jangkitan telah berhenti di Afrika Barat,” kata WHO, agensi PBB, semalam.

Negara-negara yang terjejas lain seperti Guinea dan Sierra Leone, telah diisytiharkan bebas Ebola akhir tahun lepas. Ada juga terdapat kes-kes di tujuh negara lain termasuk Nigeria, Amerika Syarikat dan Sepanyol, tetapi hampir semua kematian adalah di negara-negara Afrika Barat.