Liga ‘Belia Bawah 16 Tahun’ buka tirai

Liga ‘Belia Bawah 16 Tahun’ buka tirai

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mei – Liga ‘Belia Bawah 16 Tahun’ Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD), telah membuka tirainya pagi tadi yang berlangsung secara serentak di lima tempat iaitu, Padang Bola Sepak NFABD, Kompleks Sukan Berakas, Padang Bola Sepak Menglait A dan B dan Balapan dan Padang Kompleks Sukan Berakas, hari ini.

Pada perlawanan tersebut, Projek Ikan Pusu (PIP) berjaya menewaskan Perda dengan jaringan 3-0, sementara itu, Tabuan B dan Al-Idrus Junior pula terikat sama tanpa jaringan, manakala Tabuan A, Kasuka FC dan Rimba Stara FC, masing-masing berjaya menewaskan pasukan Kilanas FC Junior, Besa FC dan BTC Redstar dengan jaringan 4-0.Liga tersebut telah disokong oleh Persekutuan Antarabangsa Bolasepak Dunia (FIFA)

Gambar ramai bersama Pasukan PIP.
Gambar ramai bersama Pasukan PIP.