Liga Europa: West Ham, Giurgiu terikat

Liga Europa: West Ham, Giurgiu terikat

PARIS, 31 Julai (AFP) – West Ham yang layak menyertai Liga Europa menerusi rekod perlawanan baik mereka, menyaksikan seorang pemain diarah meninggalkan padang dalam perlawanan yang berkesudahan seri 2-2 menentang Asdtra Giurgiu semalam ketika masalah penonton jelas memalukan perlawanan.

West Ham mendahului pasukan pelawat dari Romania 2-0 ke atas di Upton Park dalam perlawanan pertama pusingan kelayakan ketiga melalui jaringan Enner Valencia dan Mauro Zarate.

Tetapi James Collin kemudian menjadi pemain ketiga Hammers diarah keluar padang dalam lima perlawanan di bawah bimbingan jurulatih Slaven Bilic dan pasukan dari Romania mendapatkan kelebihan penuh dengan Fernandi Boldron dan gol sendiri Angelo Ogbonna menyaksikan perlawanan terikat seri.

“Kami sudah pasti bermain dengan baik pada satu jam pertama, tetapi perlawanan selama 90 minit dan kami perlu bertindak lebih baik kerana bermain dengan 10 pemain,” kata Bilic yang juga diarahkan berada di tempat duduk penonton oleh pengadil perlawanan.

Southampton mengetepikan kelab dari Belanda, Vitesse Arnhem 3-0 menerusi jaringan Graziano Pelle dari Itali, Dusan Tadic dari Serbia dan satu sepakan penalti dan jaringan ketiga dari Shane Long.

Pengurus pasukan The Saint, Ronald Koeman adalah bekas jurulatih Vitesse di mana kemenangan itu adalah yang pertama bersama pasukan Inggeris di Eropah dalam tempoh 34 tahun.

Salah satu kejutan perlawanan malam itu berlaku di Itali di mana Sampdoria ditewaskan 4-0 oleh Vojvodina dari Serbia yang memberikan pasukan Serie A itu kesukaran dalam aksi timbal balik minggu depan.

ARTIKEL YANG SAMA