Liga Perdana lebih penting berbanding Brugge – Leicester

Liga Perdana lebih penting berbanding Brugge – Leicester

LEICESTER, United Kingdom, 16 Sept – Satu lagi minggu bersejarah dalam sejarah terbaru luar biasa kebangkitan Leicester City berakhir pada Sabtu dengan prospek yang seolah-olah menjadi permainan biasa Liga Perdana (PL) Inggeris.

Namun juara Inggeris itu menekankan kepulangan mereka ke dalam aksi domestik di laman sendiri untuk melayan Burnley lebih penting berbanding penampilan pertama mereka dalam kemenangan Liga Juara-Juara Rabu lalu.

Empat bulan selepas layak menyertai pertembungan kelab elit Eropah, The Foxes berjaya mencapai impian untuk tampil buat pertama kali dengan kemenangan 3-0 di gelanggang luar dengan menewaskan Club Brugge Belgium.

Tetapi bagi Marc Albrighton, penjaring gol pertama Liga Juara-Juara Leicester dan Claudio Ranieri, pengurus yang telah berjaya menyelia kebangkitan The Foxes, mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris kekal sebagai objektif utama.

“Semua itu telah berlalu sekarang,” kata Albrighton mengenai kemenangan di Belgium. “Memang bagus untuk menikmatinya tetapi itu sudah berlalu sekarang. Kami hampir menghadapi Burnley sekarang dan kami perlu melangkah ke depan untuk berhadapan dengan mereka.

Pemain Leicester City, Marc Albrighton (tengah) meraikan jaringan semasa perlawanan Liga Juara-Juara menentang Club Brugge Belgium di stadium Jan Breydelstadion di Bruges pada 14 September lalu. – AFP
Pemain Leicester City, Marc Albrighton (tengah) meraikan jaringan semasa perlawanan Liga Juara-Juara menentang Club Brugge Belgium di stadium Jan Breydelstadion di Bruges pada 14 September lalu. – AFP
Ranieri (kanan) terkenal sebagai seorang pengurus yang berjaya menyelia kebangkitan Leicester dan seorang jurulatih yang membenarkan pemainnya untuk mendapatkan apa yang terbaik daripada diri sendiri.
Ranieri (kanan) terkenal sebagai seorang pengurus yang berjaya menyelia kebangkitan Leicester dan seorang jurulatih yang membenarkan pemainnya untuk mendapatkan apa yang terbaik daripada diri sendiri.

“Kami tidak mempunyai masalah untuk memberi tumpuan kepada perkara itu. Kami tahu itulah periuk nasi kami. Kami perlu memberi tumpuan kepada rentak liga dan mendapatkan beberapa kemenangan di sana kerana itulah yang lebih penting.

“Mudah-mudahan kami boleh mengambil sesuatu pada hujung minggu, meneruskan rentak ini ke dalam liga dan melakukan tugasan dengan baik di sana.”

Tanpa mengambil kira kemenangan 2-1 ke atas Swansea City yang lebih selesa berbanding jaringan yang disyorkan, para pemain Ranieri berdepan kesukaran pada permulaan musim ini.

Kekalahan mengejut di Hull City pada perlawanan pertama dan tewas 4-1 di Liverpool minggu lalu bermakna mereka hanya mengutip empat mata daripada semua perlawanan liga setakat ini.

perdanaTetapi Ranieri menegaskan pengembaraan Liga Juara-Juara tidak boleh digunakan sebagai alasan atau gangguan dengan bersandarkan kemenangan gelaran musim lalu merupakan perkara yang masih lebih penting.

“Perkara yang besar adalah Liga Perdana Inggeris pada pendapat saya. Lebih besar daripada Liga Juara-Juara,” kata pengurus dari Itali itu.

“Liga Juara-Juara adalah hadiah untuk Leicester, untuk saya, pemain dan peminat. Sudah tentu kami mahu menang kerana ia merupakan satu pertandingan yang aneh.

“Anda boleh keluar pada pusingan pertama. Dan kemudian apa yang berlaku? Tidak, kami memberi tumpuan kepada Liga Perdana. Kami mahu mempertahankan kejuaraan Liga Perdana.”

Pengurus Burnley Sean Dyche menurunkan pemain beliau yang cukup mantap untuk berdepan Leicester pada aksi di divisyen dua Kejohanan tiga musim lalu, tetapi Foxes berjaya melangkah ke peringkat kejuaraan yang lebih besar. Dan jurulatih Clarets itu penuh begitu mengagumi Ranieri dan bertekad untuk mencontohi kekuatannya mengharungi cabaran.

“Satu perkara cemerlang yang Ranieri lakukan adalah bermain dengan kekuatan pemain,” kata Dyche. “Beliau telah menunjukkannya dan membenarkan mereka untuk mendapatkan yang terbaik daripada diri sendiri.

“Dia membentuk semua itu lebih daripada apa yang pemain tawarkan berbanding tampil dengan keangkuhan, ‘Saya pengurus, saya akan memberitahu anda apa yang perlu dilakukan’.

“Itu adalah cara pengurusan yang hebat pada pendapat saya. Saya telah cuba untuk berbuat demikian di sini. Ia sentiasa direka untuk mendapatkan yang terbaik daripada pemain dan setakat ini rekod kita cukup baik dalam soal mendapatkan yang terbaik daripada pemain.”

Dyche menambah: “Saya suka dengan sidang akhbarnya. Saya tidak ingat dia tampil dengan jenama. Dia hanya berkata, ‘ini adalah apa yang kami lakukan’ dan pasukannya akan bermain dengan penuh bertenaga.

“Mereka bertandang ke Man City dan dia ditanya apa yang akan anda perlu lakukan di City? Beliau berkata, berlari dan berlari dan berlari’. Amat menyegarkan apabila mendengar pengurus berkata sedemikian. Mereka berbuat demikian dan menang.

“Kami telah sampai ke tahap ini dalam kehidupan bola sepak yang biasanya tidak diendahkan, tetapi kerana mereka menang di Man City dan kemudian memenangi liga, cara itu sememangnya layak dipuji.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA