Liga Piala IBowl Kingston diteruskan

Liga Piala IBowl Kingston diteruskan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Nov – Sebanyak 15 pasukan berentap di dalam Liga Piala IBowl Kingston yang kini memasuki minggu ketiganya di Utama Bowling, Batu satu, di sini, baru-baru ini.

Dalam saingan minggu ketiga ini, pasukan-pasukan telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A yang disertai oleh Pasukan Kingston yang kini berada di tangga teratas dengan 50 mata, diikuti X-Trooper dengan 46 mata dan Superheroes dan Survivor di tempat ketiga dengan 36 mata.

Saingan Kumpulan A turut disertai oleh Suicide Squad, Cooltones B dan Bedrock.

Sementara dalam Kumpulan B pula menyaksikan Striketerra mendahului dengan 48 mata diikuti Rev 48 mata di tempat kedua dan Alley Striker di tempat ketiga dengan 40 mata.

Turut bersaing dalam Kumpulan B ialah QoTL Divas, Cooltones A, QoTL 5 Series, POA Team dan HJR.

Pasukan-pasukan yang terlibat bergambar ramai dalam acara tersebut.
Pasukan-pasukan yang terlibat bergambar ramai dalam acara tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA