Liga Super DST labuh tirai

Liga Super DST labuh tirai

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Liga Super DST 2016 menutup tirai 30 September ini dengan pertemuan Indera SC dan Najib I-Team di Kompleks Sukan Berakas pada jam 8:15 malam sebagai aksi terakhir musim ini.

Indera SC pasti berjuang untuk selesai di tempat kedua liga di atas Wijaya FC dan di belakang pendahulu liga MS ABDB.

Pada masa ini, Indera SC berada di tangga ketiga dengan 17 mata dan Najib I-Team 11 mata di tangga keempat.

NFABD selaku penganjur liga akan mengadakan penyampaian trofi juara selepas perlawanan tersebut. Masuk adalah percuma.

Indera SC (atas) dan Najib I-Team (bawah) menutup tirai Liga Super DST Jumaat ini.
Indera SC (atas) dan Najib I-Team (bawah) menutup tirai Liga Super DST Jumaat ini.