Lihat kehebatan MINI Clubman S

Lihat kehebatan MINI Clubman S

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mac – QAF Auto Sdn Bhd selaku pengedar rasmi kereta jenama Mini di Brunei kini sedang mengadakan Jerayawara Mini bagi memperkenalkan MINI Clubman 2015 yang menjadi tarikan peminat kereta berprestij itu.

MINI Clubman S model 2015 yang telah memasuki pasaran negara ini tampil lebih besar dan lebar berbanding model Clubman sebelumnya dan dikuasakan enjin 2.0 liter, 4 silinder dengan teknologi MINI TwinPower Turbo generasi terkini yang mampu menjana sehingga 192 kuasa kuda.

Ia juga dilengkapi transmisi Sport Automatik lapan kelajuan yang memberikan pengalaman pemanduan yang sportif.

Ciri-ciri menarik lain pada model ini adalah apabila pengguna menekan punat membuka pintu, logo MINI akan menyala dekat pintu sebagai tanda mengalu-alukan pemandunya sebelum memasuki kereta.

Selain itu, Clubman turut menawarkan fungsi membuka bonet dengan hanya mengayunkan kaki di bawah bonet kereta tersebut dan dua pintu belakang akan terbuka secara automatik tanpa menggunakan tangan.

Ruang dalam MINI Clubman S yang begitu elegan tidak lari dari konsep MINI.
Ruang dalam MINI Clubman S yang begitu elegan tidak lari dari konsep MINI.
MINI Clubman S sekarang mempunyai muatan yang lebih besar dan bonet automatik.
MINI Clubman S sekarang mempunyai muatan yang lebih besar dan bonet automatik.
Antara model kereta Mini yang juga dipamerkan di The Mall, Gadong.
Antara model kereta Mini yang juga dipamerkan di The Mall, Gadong.

pg05_160305_c

Clubman 2015 ini juga dilengkapi pelbagai sistem bantuan pemanduan termasuk Park Distance Control dengan sensor depan dan belakang, kamera belakang, Cruise Control dengan fungsi brek dan bantuan letak kereta.

Di samping model baru ini, jerayawara yang berlangsung selama tiga hari, bermula hari ini, di Atrium The Mall, Gadong, itu turut mengetengahkan beberapa model MINI lain seperti MINI Hatchback, MINI Coupe, MINI, Mini Countryman, MINI Paceman, MINI Cooper S dan MINI John Cooper Work.

Sepanjang jerayawara itu, pelanggan yang membeli mana-mana model MINI akan menerima baucar cenderamata MINI bernilai $400, penginapan satu malam di The Empire Hotel & Country Club dan lima tahun jaminan.

Cenderamata MINI dari koleksi MINI Lifestyle yang menawarkan barangan berkualiti tinggi dan tulen juga boleh didapati pada harga berpatutan.

Acara seumpamanya diadakan sebagai platform terbaik untuk semua orang menyaksikan model-model MINI yang popular di negara ini. Tambahan lagi, kumpulan jualan MINI juga membantu memberikan maklumat lanjut mengenai model-model yang diminati.

ARTIKEL YANG SAMA