Lihat sendiri pengendalian masjid

Lihat sendiri pengendalian masjid

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mac – Seramai 106 orang pelajar dari Taman Asuhan Kanak-Kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah hari ini mengadakan lawatan sambil belajar ke Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, di sini.

Semasa lawatan berkenaan, para murid diberi penerangan mengenai masjid berkenaan yang disampaikan dengan sebuah tayangan video, dan seterusnya penerangan mengenai aktiviti masjid oleh Penguasa Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Awang Zulkifli bin Haji Mohammad.

Lawatan yang bertujuan untuk merangsang minda murid-murid dalam mendekatkan diri dengan masjid itu memberi peluang kepada para murid untuk melihat sendiri pengendalian dan pentadbiran masjid, selain dapat melihat keindahan tempat suci yang indah dari segi seni binaan dan ukirannya.

Murid-murid semasa dalam lawatan tersebut.
Murid-murid semasa dalam lawatan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA