Lilesa gagal pulang ke Habsyah, bimbang dihukum

Lilesa gagal pulang ke Habsyah, bimbang dihukum

ADDIS ABABA, 24 Ogos – Pemenang pingat perak maraton Olimpik, Feyisa Lilesa gagal untuk pulang ke Habsyah pada malam Isnin lalu biarpun jaminan dia tidak akan dihukum bagi bantahannya di Rio terhadap penindasan politik di negaranya.

Seorang wartawan AFP yang berada di lapangan terbang Addis Ababa berkata Lilesa tidak berada dalam pesawat yang mendarat pada malam Isnin lalu yang membawa pasukan Olimpik Habsyah.

Pegawai sukan Habsyah mengucap syabas kepada ahli pasukan tetapi tidak menyebutkan pencapaian pingat perak Lilesa- -satu dari hanya lapan pingat yang dimenangi negara Habsyah- -dan enggan menjawab sebarang soalan mengenai atlet.

Pada Ahad lalu, Lilesa, yang berada di tangga kedua di belakang Eliud Kipchoge dari Kenya di Rio, membuat gerak silang lengannya ketika dia menamatkan maraton dalam simbolik bantahan ke atas penindasan rejim Habsyah.

Reaksi Feyisa Lilesa semasa memenangi pingat perak dan membuat gerak silang sebagai simbolik bantahan ke atas penindasan rejim Habsyah di Sukan Olimpik Rio 2016. - AP
Reaksi Feyisa Lilesa semasa memenangi pingat perak dan membuat gerak silang sebagai simbolik bantahan ke atas penindasan rejim Habsyah di Sukan Olimpik Rio 2016. – AP

Pelari itu, 26, mengulangi gerak isyarat itu ketika majlis penyampaian pingat, dengan kemudian memberitahu wartawan dia takut untuk pulang ke negara kediamannya.

Laporan menyatakan bahawa pelari itu mungkin cuba mendapatkan perlindungan politik di AS, tetapi jurucakap bagi Jabatan Negara AS, enggan untuk membincangkan mengenai kes itu.

“Kami akan menggalakkan semua kerajaan untuk menghormati hak para individu untuk menyuarakan pendapat mereka dengan aman,’ kata jurucakap tersebut.

Ejen Lilesa, Federico Rosa sebelumnya memberitahu AFP bahawa pelari itu tidak akan pulang ke negaranya selepas mengadakan bantahannya, biarpun kerajaan Habsyah memberikan jaminan Lilesa tidak akan menghadapi sebarang masalah jika dia pulang. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA