Lilin penghias meja

Lilin penghias meja

Oleh Amri HTZ

 

MENIKMATI hidangan dengan diterangi cahaya lilin setentunya memberikan satu suasana yang romantik dan indah. Memiliki perhiasan lilin di tengah meja makan di salah satu ruang di dalam sesebuah rumah boleh menambahkan lagi kecantikan sesebuah ruang.

Lilin menjadi pilihan ramai untuk dijadikan salah satu alat perhiasan memandangkan ia dibuat dengan bentuk bervariasi dan mempunyai fungsi yang lain ketika dalam kegelapan. Dalam menjadikannya salah satu alat perhiasan yang cantik, tempat untuk meletakkan lilin memainkan peranan penting untuk penampilannya sekali gus boleh mengindahkan lagi ruang makan anda.

Barang-barang yang diperlukan

Pada projek kali ini, beberapa barang diperlukan untuk mereka kaki lilin ini iaitu Plaster of Paris (simen kornis), gelas plastik bersaiz kecil, pisau pemotong, sudu plastik, cawan pengukur, gam silikon, penutup paip PVC, cat sembur lut sinar (clear coat), non-stick cooking spray, bekas plastik (digunakan untuk mencampurkan bahan-bahan) dan span.

Proses pembuatan

Pada langkah pertama proses pembuatan, sediakan bekas cawan yang bakal dijadikan acuan untuk membuat kaki lilin dengan menyemburkan secara nipis non-stick cooking spray pada bahagian dalam bekas tersebut.

Lilin merupakan salah satu alat perhiasan yang dapat menyerikan ruang rumah.
Lilin merupakan salah satu alat perhiasan yang dapat menyerikan ruang rumah.

MPDIY LOGO

Menyemburkan non-stick cooking spray pada bahagian dalam cawan sebelum memasukan simen kornis.
Menyemburkan non-stick cooking spray pada bahagian dalam cawan sebelum memasukan simen kornis.
Barang-barang yang diperlukan dalam pembuatan kaki lilin.
Barang-barang yang diperlukan dalam pembuatan kaki lilin.

Penyemburan non-stick cooking spray ini bertujuan untuk memudahkan anda untuk membuka atau menceraikan bekas tersebut dengan bahan yang dicampurkan untuk membuat kaki lilin agar tidak melekat sekali gus boleh mencacatkan rekaan anda.

Manakala pada langkah kedua, campurkan simen kornis dengan air berpandukan arahan pada label yang terpapar pada kotak pembungkus simen tersebut (pada kebiasaannya dua bahagian simen dan satu bahagian air) dan dengan segera memasukkannya pada bekas yang telah disediakan tadi.

Perbuatan menyegerakan ini adalah untuk menggelakkan simen daripada mengering kerana ia cepat mengering.

Tinggalkan sedikit ruang pada bahagian atas bekas acuan tersebut untuk memberikan ruang kepada penutup paip PVC. Ini kerana apabila anda memasukkan penutup paip pada bahagian tengah atas simen tersebut, ia akan membuatkan paras simen meninggi atau menaik sekali gus menjadikannya melimpah.

Ketuk dengan perlahan berulang kali pada bahagian luar acuan untuk membenarkan poket udara yang terhasil dalam simen keluar ke permukaan.

Pada langkah ketiga, berikan masa untuk simen mengering sedikit kira-kira lima kesepuluh minit kemudian tekan penutup paip PCV pada bahagian tengah atas permukaan simen.

Penutup paip PVC ini perlu diletakkan dalam ruang kosong penutup paip menghadap ke atas, yang bakal dijadikan tempat meletakkan lilin. Jika simen anda belum mengering, mengakibatkan penutup paip tenggelam dalam simen, berikan lagi masa untuk simen mengering sedikit dengan memantaunya agar tidak mengering sepenuhnya menjadikan anda sukar untuk memasukan penutup paip pada bahagian permukaan.

Langkah keempat, dengan membiarkan simen mengering sepenuhnya kira-kira dalam masa satu jam, dengan berhati-hati, keluarkan simen daripada bekas acuan dengan perlahan. Jika simen melekat pada permukaan bekas, anda terpaksa memotong bekas tersebut menggunakan pisau pemotong.

Ketika menggunakan pisau pemotong, elakkan memberikan tekanan yang kuat kerana ini boleh mencalarkan bahagian luar permukaan kaki lilin yang telah terhasil.

Untuk menjadikan kaki lilin lebih tinggi, cantumkan setiap satu kaki lilin yang telah dibuat dengan menggunakan gam silikon.
Untuk menjadikan kaki lilin lebih tinggi, cantumkan setiap satu kaki lilin yang telah dibuat dengan menggunakan gam silikon.
Proses mengeluarkan kaki lilin daripada acuannya.
Proses mengeluarkan kaki lilin daripada acuannya.
Proses pengerasan dan memasukan penutup paip PVC.
Proses pengerasan dan memasukan penutup paip PVC.

Bagi memudahkan proses memisahkan acuan dengan simen, gunakan bekas plastik yang sangat nipis dan biarkan simen untuk mengering dalam masa 24 jam. Dengan melakukan teknik ini, pada kebiasaannya bekas yang digunakan akan meretak dengan sendirinya.

Ini kerana pada proses pengerasan simen, ia akan mengembang seperti yang terjadi pada tepung apabila dibiarkan selang beberapa jam.

Apabila bekas acuan meretak, ini akan memudahkan anda untuk memisahkan simen daripada acuan sekali gus tidak mencalarkan permukaan kaki lilin anda.

Pada langkah seterusnya, bagi mencantikkan lagi kaki lilin dan memberikan variasi kepada bentuknya, anda boleh menjadikan kaki lilin anda berbeza daripada segi ketinggian di antara satu dengan yang lain (jika membuat lebih daripada satu kaki lilin).

Reka kaki lilin dengan acuan dengan banyak dan kemudian anda boleh menjadikannya variasi dengan mencantumkan secara berselang-seli permukaan simen dengan menggunakan gam silikon. Berikan masa silikon untuk mengering sekurang-kurangnya 24 jam sebelum membolehkan ia untuk dikendalikan.

Pada langkah terakhir, untuk melindungi bahagian luar kaki lilin anda, anda perlu menyemburkan cat clear coat.

Jika anda mahukan warna yang berbeza selain daripada warna putih, anda juga boleh menggunakan warna cat yang lain mengikut minat anda.

ARTIKEL YANG SAMA