Lillards wira Portland

Lillards wira Portland

LOS ANGELES, 8 Mei (AFP) – Damian Lillard menjaringkan 40 mata dalam playoff dan menghasilkan 10 asis semalam ketika Portland Trail Blazers menewaskan juara NBA, Golden State 120-108 untuk merapatkan jurang dalam siri playoff.

Al-Farouq Aminu mengumpulkan 23 mata dan 10 rebounds dan C.J. McCollum menambah 22 mata bagi Trail Blazers, yang mengurangkan defisit dalam siri best-of-seven Western Conference pusingan kedua kepada 2-1.

Trail Blazers akan cuba menyamakan siri apabila mereka menghoskan perlawanan keempat esok.

Lillard menghubungkan 14 dari 27 lontaran, termasuk lapan dari 13 dari jarak tiga mata.

“Kami lebih agresif, kami beraksi lebih bijak berbanding yang kami lakukan pada perlawanan terakhir,’ kata Lillard. ‘Saya rasa malam ini kami terus melakukan apa yang berkesan bagi kami.”

Aminu adalah lapan dari sembilan, menghasilkan empat kali three pointer bagi pasukan Blazers yang menghasilkan kerjaya playoff dengan 37 mata menerusi Draymond Green dari Golden State, yang juga mencatatkan sembilan rebounds dan menghasilkan lapan asis.

Klay Thompson menambah 35 mata bagi Warriors, yang sekali lagi beraksi tanpa Stephen Curry kerana kecederaan.

Pasukan Portland mengekalkan kedudukan mereka dalam menghadapi pasukan Golden State.

Lillard menjaringkan 25 mata dan Aminu menyumbang 11 mata pada suku kedua dan Blazers mendapatkan pendahuluan 58-46 pada separuh masa pertama.

ARTIKEL YANG SAMA