Lille hukum Bordeaux

Lille hukum Bordeaux

LILLE, Perancis, 27 Jan – Lille mengetepikan Bordeaux 5-1 semalam untuk menyelamatkan kemunculan sulung mereka pada final Piala Liga Perancis.

Pesaing mereka pada perlawanan yang akan diadakan pada 23 April di Stade de Frace itu nanti adalah pemenang separuh akhir hari ini, sama ada Paris Saint-Germain atau Toulouse.

Juara tiga kali, Bordeaux adalah pasukan yang mara ke separuh akhir di Stade Pierre-Mauroy, Lille. Pasukan Willy Sagnol itu berbekalkan tonik 11 perlawanan tanpa kalah dalam semua perlawanan selepas kemenangan lewat menentang Nantes hujung minggu lalu.

Lille pula menyaksikan kemunculan mereka di bawah kendalian jurulatih baru Frederic Antonetti, baru-baru ini terjejas.

Mereka disingkirkan daripada Piala Perancis oleh pasukan divisyen empat, Trelissac dan merasa malu menjadi pasukan pertama tewas kepada Troyes dalam liga musim ini.

Pemain Lille meraikan jaringan semasa menentang Bordeaux dalam aksi Piala Liga Perancis di Stadium Pierre Mauroy, Villeneuve-d’Ascq, semalam. – AFP
Pemain Lille meraikan jaringan semasa menentang Bordeaux dalam aksi Piala Liga Perancis di Stadium Pierre Mauroy, Villeneuve-d’Ascq, semalam. – AFP

Tetapi Lille mendahului pada minit ketujuh selepas gandingan menarik dari Florent Balmont di sudut kiri, Djibril Sidibe memberikan hantaran lintang kepada Yassine Benzia yang mendapatkan kelebihan daripada pertembungan antara Diego Contento dan penjaga gol Jerome Prior untuk menyudahkan jaringan dari jarak enam ela.

Pada minit ke-23, Lille menjaringkan gol sekali lagi menyaksikan jaringan Sidibe dilihat berada dalam kedudukan ofsaid.

Bordeaux menyamakan kedudukan 10 minit kemudian selepas pertahanan Lille, Bakary Saoumaoro hilang kawalan, dengan Clement Chantome meluru untuk meledakkan jaringan di celah kaki Vincent Enyeama.

Bordeaux beraksi tanpa penjaga gol pilihan pertama, Cedric Carrasso, tetapi pertahanan, Prior, mempamerkan persembahan cantik untuk menafikan rembatan kaki kiri Rony Lopez pada minit ke-36.

Lille, yang terjejas pada peringkat ini pada 2013 kepada Saint-Etienne dan musim lalu kepada PSG, menamatkan perlawanan ketika separuh masa pertama menghampiri.

Pemain pertahanan pertama Bordeaux, Ludovic Lamine Sane secara tidak sengaja meletakkan mereka di depan apabila membuat sepakan tinggi melepasi Prior sejurus selepas menggantikan Andre Biyogo Poko. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA