Lima ahli Muslimah diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran

Lima ahli Muslimah diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 30 Okt – Lima orang ahli Muslimah Masjid RPN Kampung Pandan telah diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan di bilik pustaka masjid tersebut di sini, hari ini.

Kelima-lima mereka, yang berusia di antara 52 hingga 75 tahun, merupakan antara ahli yang aktif bergiat dalam pembelajaran membaca Al-Quran sejak menyertai kumpulan berkenaan.

Hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Muslimah Masjid Kampung Pandan, Dayang Hajah Hamsiah binti Haji Mohd Husain, dan dihadiri sama oleh lebih 30 orang dalam kalangan ahli Muslimah masjid tersebut.

Mereka terdiri daripada Hajah Rosinah binti Haji Awang Tajuddin, 68; Dayang Lateefah binti Abdullah, 54; Hajah Siah binti Peri, 73; Hajah Muneh binti Mohd Said, 75; dan Dayang Jaimah binti Awang, 52.

ARTIKEL YANG SAMA