Lima anggota bomba dinaikkan pangkat

Lima anggota bomba dinaikkan pangkat

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Julai – Lima anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat hari ini dinaikkan pangkat dalam majlis kenaikan pangkat yang berlangsung di Mes Pegawai, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama, Berakas.

Hadir menyempurnakanpenyematan pangkat ialah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Awang Yahya bin Haji Abdul Rahman.

Lima anggota yang dinaikkan pangkat dan ditetapkan dalam jawatan ialah ASFR Noor Aflan bin Awang kepada Penolong Pegawai Penguasa Bomba, SO Haji Juni bin Haji Aris dan SO Haji Mustapa bin Haji Mohammad kepada Pegawai Balai, DSO Norlia binti Haji Gani kepada Timbalan Pegawai Balai dan DSO Suraizah binti Mohammad Sufian kepada Penolong Pegawai Balai.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat menyempurnakan penyampaian pangkat kepada salah seorang anggota.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat menyempurnakan penyampaian pangkat kepada salah seorang anggota.
Anggota-anggota bomba dan penyelamat yang dinaikkan pangkat.
Anggota-anggota bomba dan penyelamat yang dinaikkan pangkat.

Dua pegawai wanita, DSO Norlia dan DSO Suraizah semasa ditemu bual mengatakan mereka baru sahaja menamatkan Kursus Seksyen Komando selama lima bulan di Akademi Pertahanan Awam Singapura (SCDA) yang bermula 1 Februari hingga 8 Julai lalu.

“Kami bersyukur dengan penghargaan ini kerana pelbagai cabaran dan latihan semasa di Singapura berbaloi termasuk cara-cara pemadaman api dan menyelamatkan nyawa melayakkan kami mendapat lencana ‘Fire Batch’,” kata DSO Suraizah.

Namun masih banyak yang perlu kami pelajari daripada latihan selama ini sebagai persediaan awal bagi menghadapi kejadian sebenar di negara ini, tambahnya lagi.

ARTIKEL YANG SAMA