Lima artis tanah air pamer bakat di luar negara

Lima artis tanah air pamer bakat di luar negara

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Nov – Lima artis Negara Brunei Darussalam pagi tadi berlepas ke Jakarta Indonesia bagi menyertai pertandingan D’Academy Asia dianjurkan oleh Indosiar selaku saluran TV terkenal di Indonesia.

Seramai 20 orang peserta dari empat negara ASEAN iaitu Brunei Darussalam, Malaysia, Singapura dan tuan rumah Indonesia akan menyertai pertandingan berupa nyanyian itu.

Mereka akan mula bertanding pada 16 November ini dan orang ramai boleh menyaksikan pertandingan tersebut melalui laman web www.vidio.com.

Pertandingan itu akan berjalan hampir dua bulan yang mana peserta-peserta akan disingkir dalam setiap siri persembahan.

Wakil Negara Brunei Darussalam berlepas ke Jakarta untuk menyertai pertandingan D’Academy Asia.
Wakil Negara Brunei Darussalam berlepas ke Jakarta untuk menyertai pertandingan D’Academy Asia.

Artis-artis Brunei diwakili oleh George Maxsons, Neff Aslee, Anna Abdullah, Sai Firsa dan Yaniey Junaini. Antara wakil juri dari Negara Brunei Darussalam yang dilantik untuk menilai secara online ialah DJ Daffy dari Kristal Fm dan Hans Anuar.

Sementara itu, setiap negara yang menyertai pertandingan akan diulas secara langsung oleh Fakhrul Razi (Brunei), Mas Idayu dan Amelina (Malaysia), Rosalina (Singapura), Iis Dahlia, Inul Daratista dan Saiful Jamil (Indonesia).

ARTIKEL YANG SAMA