Lima bulan yang luar biasa – Zidane

Lima bulan yang luar biasa – Zidane

MADRID, 25 Mei – Hanya beberapa orang sahaja meramalkan betapa efektifnya Zinedine Zidane apabila dia mengambil alih sebagai jurulatih Real Madrid pada Januari lalu bagi menggantikan rejim Rafa Benitez yang bermasalah.

Zidane, 43, adalah pilihan popular bagi menggantikan Benitez kerana sumbangannya terhadap kelab itu di antara tahun 2001 dan 2006, lebih-lebih lagi apabila menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2002 ketika menentang Bayer Leverkusen.

Bagaimanapun, peminat paling optimistik Real pun tidak menjangka “Kesan Zidane” menjadi begitu mendalam dan segera, berdasarkan pencapaiannya di tampuk pasukan simpanan Real.

Real hanya enam mata di belakang pendahulu liga Barcelona ketika Zidane mengambil alih. Mereka menamatkan musim dengan hanya satu mata di belakang pasukan Catalan itu selepas kemenangan 12 perlawanan berturut-turut, termasuk kemenangan 2-1 di stadium Camp Nou Barcelona.

Sementara itu, Zidane telah membimbing Real ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara ke-15 mereka apabila menewaskan Roma, Wolfsburg dan Manchester City di pusingan kalah mati, tanpa membiarkan satu gol pun daripada pihak lawan ketika bermain di tempat sendiri.

Beliau secara jelas mendapat kehormatan di bilik persalinan Real Madrid yang sukar ditangani secara tradisi, dalam satu cara di mana Benitez gagal untuk melakukannya.

Presiden kelab Florentino Perez begitu kagum dengan “Zizou” di mana dia telah melanjutkan kontraknya sehingga 2018. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA