Lima calon rebut kerusi presiden FIFA

Lima calon rebut kerusi presiden FIFA

ZURICH, 27 Jan – Lima calon akan mengambil alih jawatan presiden FIFA dari Sepp Blatter yang digantung, sekali gus meningkatkan pemburuan undian luar biasa semalam ketika kempen memasuki bulan terakhir.

FIFA menghantar kenyataan rasmi kepada 209 ahli persekutuan pagi semalam yang mengesahkan Putera Ali bin al Hussein, Sheikh Salman bin Ebrahim al Khalifa, Gianni Infantino, Tokyo Sexwale dan Jerome Champagne akan bertanding di Zurich, 26 Februari depan.

Badan dunia itu menghadapi tekanan besar sejak pihak berkuasa AS dan Switzerland melancarkan siasatan besar-besaran terhadap FIFA dan Blatter, 79, digantung selama lapan tahun kerana salah laku.

Sementara itu, ketua Persekutuan Bola Sepak Asia Sheikh Salman dan, Setiausaha Agung UEFA Ifantino, dilihat sebagai calon yang disebut-sebut antara lima calon yang melobi untuk mendapatkan undian di mana kebanyakan pemerhati berkata kejutan masih lagi satu kemungkinan.

Semuanya memberikan tumpuan kepada usaha membersihkan bola sepak, sementara membuat cadangan bagi meningkatkan Piala Dunia dan memberikan kekayaan FIFA lebih sedikit kepada persatuan-persatuan negara.

FIFA: the five contenders

Shekih Salman, yang seharusnya mendapatkan majoriti 46 undian AFC begitu juga dengan Afrika, 54 undian, Isnin lalu berkata dia mungkin menjemput Ifantino atau ketua ekseutif Liga Perdana Inggeris, Richard Scudamore menjadi setiausaha agung FIFA jika dia menang.

Pegawai dari Bahrin itu berada di bawah tekanan terhadap dakwaan penglibatan dalam tindakan tegas ke atas demonstrasi pro demokrasi di negara Teluk itu. Shiekh berkata dia akan memberikan jaminan “satu juta peratus” bahawa tiada pemain bola sepak atau atlet ditekan.

Sheikh juga sama seperti calon lain, menarik diri daripada perdebatan yang dicadangkan FIFA di depan parlimen Eropah hari ini dalam satu petanda bagi meningkatkan kekuatan kempen tersebut. – AFP