Lima calon utama pengurus England

Lima calon utama pengurus England

LONDON, 14 Julai – Berdasarkan pertaruhan, AFP Sports melihat lima calon utama untuk menggalas jawatan pengurus England yang telah dikosongkan oleh Roy Hodgson apabila beliau meletak jawatan selepas tewas kepada pasukan baru Eropah, Iceland pada kejohanan Euro 2016.

SAM ALLARDYCE

Britain Soccer England Allardyce

Pertemuan Allardyce dengan tiga orang paling berpengaruh dalam panel FA telah didedahkan oleh kelabnya Rabu lalu, sekali gus menggambarkan beliau merupakan pilihan utama untuk menggalas tugas berkenaan.

Lelaki berusia 61 tahun dan digelar “Big Sam” itu tidak berkompromi dalam gaya kejurulatihan kerana beliau sendiri merupakan pertahanan midfield walaupun mengubah suai sedikit pendekatan secara langsung ketika membimbing West Ham.

Beliau menolak tuduhan Jose Mourinho bahawa pasukannya bermain bola sepak abad ke-19. Walaupun tidak pernah memenangi kejuaraan di England tetapi dihormati kerana keupayaan mendapatkan yang terbaik daripada pemain walaupun dengan keupayaan terhad.

Cuma soalannya ialah: Adakah dia pengurus yang lebih baik sekarang berbanding 10 tahun lalu ketika ditemuduga untuk jawatan tertinggi itu tetapi tewas kepada Steve “wally with the Brolly” McClaren?

JURGEN KLINSMANN

Jurgen Klinsmann

Jurulatih dari Jerman yang menarik, berkarisma dengan semangat bebas ini mempunyai pengalaman bola sepak Inggeris selepas bermain bersama Spurs.

Klinsmann (atas) pernah menguruskan Jerman ketika menjadi tuan rumah Piala Dunia 2006, dan berjaya melangkah ke separuh akhir.

Musim sukar di Bayern Munich telah terubat dengan kegembiraan di Amerika Syarikat (AS). Tetapi tewas 4-0 kepada Argentina pada separuh akhir Copa America menggambarkan wujudnya jurang dalam kelas itu sehingga menuntut beliau untuk mencari tempat lain.

Jurulatih berusia 51 tahun yang dikaitkan dengan jawatan Southampton yang menjadi milik Claude Puel, masih mempunyai kontrak AS sehingga 2018. Pasti menjadi pilihan yang menyegarkan, tetapi ramai peminat bola sepak AS gembira sekiranya dia pergi.

EDDIE HOWE

pg20_160715_c

Jurulatih muda Eddie Howe yang amat dikagumi kerana pencapaiannya dengan sumber terhad di Bournemouth membimbing mereka bukan sahaja ke Liga Perdana Inggeris buat kali pertama tetapi mengekalkan prestasi skuad.

Pada usia hanya 38 tahun dan kurang berpengalaman walaupun menjadi pengurus selama tujuh tahun, mungkin membuatkan FA teragak-agak untuk menggunakan khidmatnya. Peluangnya bertambah baik apabila Bournemouth maju lagi pada musim akan datang.

Sebaliknya FA mungkin berasa bahawa setelah mencuba laluan asing bersama Fabio Capello dan Hodgson dan gagal juga pada kejohanan utama, mengapa tidak membuat lonjakan dengan jurulatih tempatan yang lebih muda walaupun kurang dikenali.

STEVE BRUCE

pg20_160715_d

Bruce lebih kurang sama acuan dengan Allardyce – seorang bekas midfield lasak dan memenangi banyak trofi sebagai pemain di Manchester United.

Lelaki berusia 55 tahun itu juga seperti Allardyce, mempunyai beberapa kelab-kelab yang adil dalam kerjaya pengurusan. Bruce kalah tipis untuk menjulang Piala FA 2015 selepas Hull beliau tewas kepada Arsenal pada masa tambahan.

Beliau juga berjaya mendapatkan semula status Liga Perdana Inggeris selepas hanya semusim di peringkat kedua. Bagaimanapun, terdapat persoalan mengenai keupayaannya untuk meningkatkan diri ke tahap yang paling atas.

GLENN HODDLE

pg20_160715_e

Bagi seorang lelaki yang diejek kerana kepercayaannya termasuk penjelmaan semula, gagasan Hoddle akan menjadi usaha besar untuk dipertahankan pada setiap peringkat.

Ia akan menjadi penjelmaan kedua sebagai pengurus England selepas yang pertama berakhir 17 tahun lalu, bukan kerana keputusan buruk tetapi kerana kenyataannya tentang orang kurang upaya.

Tanpa diragui jurulatih berusia 58 tahun itu mempunyai mentaliti bola sepak akut yang dipindahkan dengan kemas dari hari-harinya sebagai pemain tetapi belum lagi memegang jawatan pengurusan sejak membimbing Wolves 10 tahun yang lalu.

Beliau menjadi pengulas TV sejak itu seperti Gary Neville dan Alan Shearer. Pasti bukan senang untuk beralih dari studio dan turun padang.