Lima ditahan tiada kaitan militan IS

Lima ditahan tiada kaitan militan IS

BANGKOK, 12 Jun (Reuters) – Lima orang pelajar Thailand yang ditahan di Pakistan kerana cuba menaiki kapal terbang dengan membawa pistol dan peluru tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) atau mana-mana pertubuhan jenayah, menurut seorang jurucakap kerajaan Thailand hari ini.

Lelaki-lelaki berkenaan yang belajar di sebuah sekolah agama di Pakistan, cuba menaiki penerbangan pada malam Isnin lalu apabila mereka dipintas.

“Kami tidak mempunyai bukti tentang wujudnya kaitan sama sekali antara para pelajar itu dan mana-mana pertubuhan jenayah, dengan yang demikian berita bahawa wujud kaitan antara ISIS dan pelajar-pelajar itu adalah tidak benar,” Mejar Jeneral Sansern Kaewkamnerd, timbalan jurucakap kerajaan memberitahu Reuters.

Hari ini, akhbar Thailand, Bangkok Post melaporkan bahawa dua dari lima pelajar itu disyaki mempunyai kaitan dengan Kumpulan IS, yang juga dikenali sebagai ISIS, laporan itu merujuk kepada sumber perisikan.

ARTIKEL YANG SAMA