Lima ditangkap culik, dera monyet

Lima ditangkap culik, dera monyet

MUMBAI, 1 Julai (AFP) – Pihak berkuasa India mengatakan hari ini, mereka telah menangkap lima lelaki berhubung penculikan ke atas seekor monyet selepas rakaman videonya mengenai primat terseksa itu yang dihumban ke dalam bonet sebuah kereta.

Klip pendek itu dibawa oleh media India menunjukkan seekor anak monyet yang terdesak untuk melepaskan dirinya daripada cengkaman kuat dua lelaki ketika beberapa primat lain kelihatannya tidak berdaya.

Lelaki itu akhirnya berjaya menghumban monyet yang bergelut itu di dalam belakang kereta Hyundai putih sebelum memandu pergi.

“Kami telah menangkap lima orang selepas operasi bersama dengan polis,” Rajeshwar Satelikar, seorang pegawai perhutanan di negeri Maharashtra barat India, memberitahu AFP.

“Tertuduh telah ditahan di jabatan perhutanan dan akan didakwa di bawah pelbagai seksyen Akta Perlindungan Hidupan Liar India 1972. Jika didapati bersalah mereka akan berdepan tiga hingga tujuh tahun di penjara.”

Satelikar mengatakan kesemua lelaki, berusia antara 25 dan 35, telah ditangkap pada malam kelmarin dan monyet itu telah dijaga oleh pegawai hutan.

Kumpulan aktivis organisasi hak asasi binatang (PETA) mengatakan mereka telah melaporkan video itu kepada polis selepas ia disedari telah tersebar dalam media sosial.

Insiden itu berlaku di pergunungan Maharasthra, kawasan Varandha Ghat, hampir bandar Pune, menurut PETA.

“Monyet yang ketakutan itu sudah mengalami trauma kerana dicuri dari kumpulannya dan perlu ditemukan kembali dengan golongannya secepatnya,” kata pegawai PETA, Nikunj Sharma dalam satu kenyataan.

Haiwan itu sering dilatih sebagai penghibur jalanan di India namun ia adalah haram untuk menangkapnya di bawah akta 1972.