Lima ekor kerbau dikorbankan

Lima ekor kerbau dikorbankan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Sept – Lima ekor kerbau ditumbangkan untuk diagih-agihkan kepada fakir miskin di Kampung Sungai Hanching dalam majlis ibadah korban anjuran Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Sungai Hanching hari ini.

Hadir selaku tetamu bagi mengagihkan daging-daging korban kepada fakir miskin dan penduduk kampung ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman.

Pada majlis itu, wartawan Media Permata berkesempatan menemu bual seorang jemaah masjid berasal dari Rawang, Selangor, Malaysia, Haji Abdul Ghafar bin Badul yang menimba pengalaman baru beraya di negara ini.

Menurut Haji Abdul Ghafar, beraya di perantauan sememangnya agak berlainan sedikit kerana di sini ia agak unik dan pengagihan daging korban pula lebih teratur.

Yang Berhormat Pehin menyampaikan agihan daging korban kepada salah seorang penerima.
Yang Berhormat Pehin menyampaikan agihan daging korban kepada salah seorang penerima.

ARTIKEL YANG SAMA