Lima korban pesawat terhempas

Lima korban pesawat terhempas

HONOLULU, 24 Mei (AP) – Lima orang maut selepas sebuah pesawat pelancongan terjunan udara terhempas dan terbakar di Hawaii, satu daripada dua nahas udara yang dilaporkan berlaku Isnin lalu di pulau itu.

Menurut jabatan bomba, kejadian pada kira-kira jam 9:30 pagi di Pulau Kauai itu membabitkan pesawat ringan satu enjin Cessna 182H. Juruterbang, dua pengajar terjunan udara dan dua penerjun dipercayai berada dalam pesawat.

Empat daripada mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian berhampiran kawasan luar Lapangan Terbang Port Allen manakala seorang lelaki diisytiharkan mati selepas dibawa ke Hospital Memorial Wilcox.

Kenderaan bantuan kecemasan dikerahkan ke kawasan bencana di mana sebuah pesawat Cesna dengan lima penumpang terhempas di Hanapepe, Hawaii, kelmarin. – AP
Kenderaan bantuan kecemasan dikerahkan ke kawasan bencana di mana sebuah pesawat Cesna dengan lima penumpang terhempas di Hanapepe, Hawaii, kelmarin. – AP

Kumpulan itu dipercayai sebahagian daripada pelanggan yang dikendalikan SkyDive Kauai. Presiden syarikat, David Timko berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut kerana kemalangan sedang disiasat.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan akan bekerjasama dengan pegawai untuk menentukan punca nahas.

Beberapa jam kemudian pada hari yang sama di pesisir Pulau Oahu, pegawai kecemasan membawa seorang mangsa ke hospital berdekatan selepas sebuah pesawat ringan terhempas dalam laut dekat Makaha Beach Park.