Lima lagi maut serangan bom di Turki

Lima lagi maut serangan bom di Turki

ANKARA, 9 Jun – Lima orang terkorban termasuk seorang wanita hamil dalam pengeboman kereta semalam di Tenggara Turki yang kebanyakannya majoriti Kurdish, sehari selepas serangan maut yang melanda Istanbul.

Kedua-dua serangan bom yang disasarkan polis Turki itu didakwa dilakukan oleh pemberontak Kurdish yang melancarkan pemberontakan sedekad yang lama untuk menentang kerajaan.

Kepulan besar asap hitam naik dari runtuhan balai polis itu selepas serangan semalam di bandar Midyat berhampiran sempadan Syria.

Jurucakap Presiden Turki, Ibrahim Kalin berkata masih terlalu awal untuk mengaitkan pelakunya dengan sebarang kumpulan tetapi Perdana Menteri Binali Yildirim mengaitkan ia sebagai “pembunuhan oleh PKK” yang merujuk kepada pemberontak yang diharamkan Parti Pekerja Kurdistan.

Kepulan asap kelihatan dari stesen Polis Midyat selepas letupan semalam di Midyat, Tenggara Turki. – AFP
Kepulan asap kelihatan dari stesen Polis Midyat selepas letupan semalam di Midyat, Tenggara Turki. – AFP

“Kami akan berjuang menghalangi kedua-dua mereka di pusat-pusat bandar dan kawasan luar bandar dengan kesungguhan,” katanya.

Agensi berita Anatolia berkata mangsa terkorban termasuk dua pegawai polis, termasuk seorang wanita hamil dan sekurang-kurangnya 51 orang cedera.

Kereta itu dipercayai sarat dengan setengah tan bahan letupan – menyasarkan balai polis Midyat dan diletupkan selepas polis melepaskan tembakan untuk menghentikannya, agensi berita Dogan swasta melaporkan.

Turki kekal dalam langkah berjaga-jaga selepas beberapa serangan sebelumnya yang telah membunuh lebih daripada 200 orang tahun lalu yang didakwa dilakukan oleh pemberontak Kurdish dan Negara Islam (IS). – AFP