Lima maut bom meletup di Pakistan

ISLAMABAD,11 Ogos – Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan 25 yang lain cedera apabila sebutir bom meletup di Bajaur Agency, barat laut Pakistan, memetik sumber media tempatan.

Menurut ARY News, sasaran letupan tidak dapat dipastikan namun kebanyakan mangsa terdiri daripada pejalan kaki, lapor agensi berita China Xinhua.

Pihak pentadbiran tempatan berkata, perbuatan dipercayai dilakukan kumpulan militan dengan meletupkan bom yang ditanam di tepi jalan raya menggunakan alat kawalan jauh.

Mangsa cedera dihantar ke hospital, tiga daripadanya dilaporkan kritikal. – Bernama