Lima maut letupan gas lombong

Lima maut letupan gas lombong

BOGOTA, 3 Julai (dpa) – Lima pelombong maut dalam letupan gas di bahagian tengah Colombia, menurut laporan lewat semalam.

Tiga belas yang lain mengalami kecederaan dalam kemalangan di Samaca, 100 kilometer di timur laut Bogota, menurut Radio Caracol.

Lombong tersebut mematuhi peraturan keselamatan, menurut pihak berkuasa.

Pada Mei lepas, 15 orang pelombong maut dalam insiden banjir di sebuah lombong emas haram di Colombia.