Lima maut, Taufan Megi di Taiwan

Lima maut, Taufan Megi di Taiwan

BEIJING, 28 Sept – Satu taufan besar mengakibatkan seorang terbunuh di timur China hari ini, sehari selepas membunuh empat orang dan mencedera 260 yang lain di Taiwan.

Taufan Megi menjadi lemah kepada ribut tropika setelah melanda bandar pantai Quanzhou di wilayah Fujian sebelum subuh, membawa angin dengan kelajuan 118 kilometer sejam, kata Pusat Kaji Cuaca Nasional China.

Satu orang meninggal dunia selepas beberapa struktur roboh di Quanzhou, lapor media berita yang diluluskan oleh kerajaan.

Di Fuzhou, ibu negeri wilayah Fujian, orang ditunjukkan di televisyen negeri berjalan menerusi air sedalam paras lutut yang menenggelami jalan raya besar.

Sekolah ditutup dan berpuluh penerbangan dibatalkan.

Anggota penyelamat memindahkan mangsa banjir akibat taufan Megi di Ningbo, wilayah Fujian timur China, kelmarin. - AFP
Anggota penyelamat memindahkan mangsa banjir akibat taufan Megi di Ningbo, wilayah Fujian timur China, kelmarin. – AFP

Ribut diramalkan bergerak ke barat laut pada hari ini dan beransur lenyap secara beransur-ansur.

Di Taiwan semalam, hujan lebat dan angin kencang dengan kelajuan 162 kilometer sejam menyelubungi pulau pada tengah hari tatkala pusat ribut mendarat di pantai timur.

Pihak berkuasa telah menambah tahap amaran untuk Taiwan, yang cenderung terdedah kepada runtuhan tanah dan banjir, kata Ketua Pengarah Agensi Bomba Nasional Chen Wen-lung.

268 mangsa cedera termasuk lapan pelancong Jepun berkunjung dalam bas pelancong yang terbalik di tengah Taiwan.

Tiga orang mengalami luka jatuh teruk dan orang keempat terbunuh dalam nahas trak, kata Lee Wei-sen, jurucakap untuk Pusat Operasi Kecemasan Taiwan. Kebanyakan kecederaan adalah akibat objek yang terjatuh dan yang ditiup oleh angin. – AP