Lima pegawai dihukum, campur tangan kes mahkamah

Lima pegawai dihukum, campur tangan kes mahkamah

BEIJING, 6 Nov (Reuters) – Lima pegawai China telah pun dipecat atau dihukum kerana campur tangan dalam kes mahkamah, lapor media negeri hari ini, dalam penguatkuasaan pertama undang-undang yang bertujuan menghapus rasuah dan pengaruh daripada badan kehakiman.

Presiden China Xi Jinping telah melancarkan tindakan keras besar-besaran ke atas rasuah sejak menerajui tampuk pentadbiran Parti Komunis pada akhir tahun 2012. Sejak itu, puluhan pegawai kanan telah pun disiasat atau dipenjarakan.

Peraturan itu diterima pada Mac selepas satu pengumuman pada Oktober lalu ekoran mesyuarat utama pemimpin Parti Komunis, bertujuan menjadikannya lebih sukar untuk pegawai tempatan mempengaruhi mahkamah.

Namun mahkamah China adalah tidak bebas, dan menjawab kepada pemimpin parti. Pengkritik berkata adalah mustahil untuk negara mencatat kemajuan serius terhadap pembaharuan badan kehakiman tanpa satu sistem mahkamah bebas.

Chen Hai’ou, bekas hakim Mahkamah Rakyat Tinggi Beijing, dipecat daripada jawatannya selepas berusaha mendapatkan keistimewaan untuk rakan sekutu menerusi kakitangan mahkamah, kata agensi berita Xinhua.

ARTIKEL YANG SAMA