Lima pelanggan bertuah dipilih

Lima pelanggan bertuah dipilih

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Ogos – Lima lagi pelanggan bertuah dipilih untuk memenangi hadiah sagu hati dalam promosi Win with Helix sebelum cabutan utama diadakan pada September depan.

Pemilihan lima pemenang berkenaan telah dibuat oleh wakil-wakil media tempatan dengan disaksikan oleh pihak pengurusan Brunei Shell Marketing Company Sdn Bhd (BSM), pada majlis yang berlangsung di pejabat BSM, di sini, hari ini, manakala itu majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada 19 Ogos 2016.

Pemenang-pemenang hadiah sagu hati ini adalah bagi mereka yang membeli produk-produk seperti Shell Helix Ultra 5W-40, HX7 10W-40 dan HX5 15W-40 berbentuk botol (4L) dan dram (209L) pada bulan Jun dan Julai, juga akan berkelayakan untuk menyertai cabutan utama untuk memenangi hadiah utama berupa Volkswagen Tiguan 1.4 TSI.

Gambar ramai pihak pengurusan dan wakil media setelah menyempurnakan undian kepada lima pemenang bertuah.
Gambar ramai pihak pengurusan dan wakil media setelah menyempurnakan undian kepada lima pemenang bertuah.

Kempen ini telah bermula 1 Jun 2016 hingga hujung bulan ini dan setakat ini sebanyak 5,925 penyertaan telah diterima bagi promosi berkenaan.

Orang ramai masih berpeluang untuk mengikuti promosi ini dengan hanya perlu membeli 4 liter Shell Helix Motor Oils dan mereka akan diberi borang penyertaan dengan setiap pembelian tersebut.

Peserta hanya perlu melengkapkan keterangan yang diperlukan pada borang penyertaan tersebut dan memasukkannya ke kotak-kotak yang disediakan di cawangan-cawangan yang menyertainya.

ARTIKEL YANG SAMA