Lima pemain harapan Liga Perdana

Lima pemain harapan Liga Perdana

LONDON, 5 Ogos – Dari Ryan Giggs, Harry Kane melalui Michael Owen, Wayne Rooney dan Cristiano Ronaldo, Liga Perdana Inggeris telah membuktikannya sebagai tempat lahirnya beberapa bintang bola sepak terbesar Eropah. Menjelang permulaan musim 2015-16 hujung minggu ini, AFP Sports telah memilih lima pemain remaja yang bakal merebut peluang untuk mendapat perhatian

Pemain antarabangsa Belgium kelahiran Brazil, Pereira, 19, menyertai United dari PSV Eindhoven pada 2011 dan bakal mengecapi kejayaan selepas mempamerkan permainan menarik semasa jelajah pra musim kelab ke Amerika Syarikat.

Persaingan untuk mendapat tempat di midfield di Old Trafford musim ini nampak sengit tetapi rekod pengurus Louis van Gaal menggalakkan pemain muda mencadangkan Pereira boleh mendapatkan peluang untuk bersinar.

Pereira membuat dua penampilan dalam pasukan utama musim lalu dan menandatangani kontrak baru selama tiga tahun Mei lalu. “Andreas mempunyai semua ciri-ciri untuk menjadi sebahagian daripada pasukan pertama: bakat semula jadi yang besar, ditambah pula dengan semangat dan keinginan yang baik untuk belajar,” kata Van Gaal.

ANDREAS PEREIRA (MAN UNITED)
ANDREAS PEREIRA (MAN UNITED)

Gomez, 18, hanya menyertai Liverpool Jun lalu, tiba dari Charlton Athletic dengan perjanjian 3.5 juta pound (AS$5.5 juta), tetapi laporan akhbar British mendakwa dia boleh ditampilkan dalam kesebelasan utama apabila Brendan Rodgers membawa pasukannya ke Stoke City Ahad ini selepas berjaya meyakinkan jurulatihnya dalam pra-musim.

Pemain antarabangsa Bawah-19 England itu mendominasi posisi bek kanan dan tengah dalam kerjayanya setakat ini, tetapi lebih menyerlah pada posisi bek kiri dalam aksi pemanas badan Liverpool.

JOE GOMEZ (LIVERPOOL)
JOE GOMEZ (LIVERPOOL)

“Secara ideal, bek tengah adalah kedudukan utama saya, tetapi saya gembira bermain di bek kanan atau kiri jika pengurus percaya saya boleh membantu pasukan di sana,” Gomez memberitahu akhbar tempatan Liverpool Echo.

Kejohanan aksi persahabatan Piala Emirates pra-musim cenderung untuk menawarkan pengurus Arsenal, Arsene Wenger peluang untuk menyuntik kelab dengan semangat baru dengan pemain kelab belia dan tahun ini tiba giliran midfield Perancis Reine-Adelaide, 17, untuk mengejutkan peminat di Stadium Emirates.

JEFF REINE-ADELAIDE (ARSENAL)
JEFF REINE-ADELAIDE (ARSENAL)

Selepas kemenangan 6-0 ke atas Lyon, beliau memulakan permainan mantap menentang Wolfsburg dan mencipta gol tunggal perlawanan dengan iringan Theo Walcott.

Wenger menyifatkan bekas pemain Lens itu sebagai ‘sesuatu yang istimewa’ dan enggan melepaskannya walaupun secara pinjaman untuk memastikan pembangunan skuad tidak terganggu. – AFP

Midfield tinggi lampai dan elegan, Loftus-Cheek, 19, adalah seorang penggerak utama kejayaan musim lalu Chelsea dalam Piala Belia FA dalam Liga Belia UEFA.

Beliau juga telah dihadiahkan beberapa penampilan dalam pasukan utama, turun dari bangku simpanan ketika seri 1-1 dengan Manchester City pada Januari dan diturunkan ketika menentang Liverpool dan West Bromwich Albion Mei lalu.

RUBEN LOFTUS-CHEEK (CHELSEA)
RUBEN LOFTUS-CHEEK (CHELSEA)

Beliau juga ditegur secara terbuka oleh Jose Mourinho kerana cuai dalam satu aksi persahabatan menentang Sydney FC selepas musim berakhir, tetapi itu mencadangkan pengurus Chelsea tersebut mempunyai rancangan yang lebih besar untuk beliau musim ini. “Saya mendengar apa kata pengurus,” kata Loftus-Cheek. “Saya tidak berada pada tahap yang saya perlukan dan perlu melakukan lebih baik jika saya mahu bermain untuk Chelsea.”

Penyokong Everton mendapat gambaran pertama Galloway, 19, pada akhir musim lalu apabila dia diturunkan dalam dua perlawanan terakhir liga.

Pemain kelahiran Zimbabwe ini berpindah ke England pada usia enam tahun dan menyertai Everton pada 2014 selepas bersama Milton Keynes Dons di mana dia membuat penampilan sulung pada usia 15 tahun.

BRENDAN GALLOWAY (EVERTON)
BRENDAN GALLOWAY (EVERTON)

Pengurus Everton Roberto Martinez bercadang untuk menyerapkannya di posisi bek kiri, tetapi jika John Stones pergi, Galloway boleh diberi peluang untuk membuktikan sengatannya dalam pasukan utama di posisi bek tengah.