Lima pemenang bertuah terima habuan

Lima pemenang bertuah terima habuan

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April – At-Taqwa Travel Tours Sdn Bhd, petang tadi, telah mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada lima orang pemenang bertuah bersempena dengan Pesta Pelancongan RB Belait yang berlangsung bulan lalu di Pusat Insani, Seria.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah Urusan At-Taqwa Travel Tours, Pengiran Haji Mohd Rosdimar bin Pengiran Haji Omarali dan Pengurus Besar At-Taqwa Travel Tours Sdn Bhd, Awangku Mohd Naasiruddeen bin Pengiran Haji Yusoff. Turut hadir ialah wakil dari Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB).

Sebelum penyampaian hadiah, lima orang finalis berkenaan memilih surat yang tertulis hadiah-hadiah yang dimenangi.

Hadiah pertama berupa pakej penginapan lima malam di Hotel Al-Safwah, Mekah telah dimenangi oleh Haji Soehine bin Haji Mohd Salleh, manakala itu, Dayang Amirah Trisha binti Mail memenangi tiket penerbangan pergi balik ke Kota Kinabalu, Sabah selaku pemenang kedua dan Pengiran Hajah Ajijah binti Pengiran Haji Ahmad membawa pulang telefon pintar selaku pemenang ketiga.

Para pemenang bersama warga At-Tawqa Travel Tours Sdn Bhd bergambar ramai.
Para pemenang bersama warga At-Tawqa Travel Tours Sdn Bhd bergambar ramai.
Haji Soehine memenangi hadiah berupa penginapan lima malam penginapan di Hotel Al-Safwah di Makkah disampaikan oleh Pengiran Haji Mohd Rosdimar.
Haji Soehine memenangi hadiah berupa penginapan lima malam penginapan di Hotel Al-Safwah di Makkah disampaikan oleh Pengiran Haji Mohd Rosdimar.

Tempat keempat dan kelima pula, masing-masing dimenangi oleh Pengiran Aizat bin Pengiran Abu Samad yang memenangi pakej penginapan di Hotel StarLodge dan Dayang Rafidah binti Mohammad memenangi baucar makan malam untuk dua orang.

Sebelum menyampaikan hadiah, Pengarah Urusan At-Taqwa Travel Tours menyampaikan ucapan alu-aluan yang antara lain menekankan syarikat mereka kini se2dang meningkatkan perkhidmatan untuk membantu mendaftarkan bagasi dan daftar masuk secara online.