Lima perogol berkumpulan didakwa bersalah

Lima perogol berkumpulan didakwa bersalah

NEW DELHI, 6 Jun – Mahkamah menyabitkan lima orang lelaki hari ini atas kesalahan melakukan rogol berkumpulan ke atas seorang pelancong Denmark di New Delhi yang berlaku pada tahun 2014, satu jenayah yang meletakkan rekod keganasan seksual India kembali menjadi tumpuan.

Kelima-lima mereka didapati bersalah merogol dan merompak wanita berusia 52 tahun itu yang diserang dengan ugutan pisau selepas tersesat ketika dia pulang ke hotelnya di tengah New Delhi.

“Saya mengumumkan kesemua tertuduh bersalah. Hujahan tentang penghukuman akan diadakan pada 9 Jun,” Hakim Sesi Tambahan Ramesh Kumar memberitahu mahkamah di Delhi yang mana media dan anggota keluarga tertuduh berkumpul di sana.

Tiga orang lagi didakwa berhubung serangan itu dibicarakan secara berasingan dalam sistem pengadilan juvenil. Tertuduh kesembilan, seorang dewasa telah meninggal dunia sebelum dibicarakan berakhir.

Wanita Denmark itu, yang melancong sendirian dan berada di Delhi selepas melawat Taj Mahal, telah mendatangi kumpulan lelaki itu untuk meminta tunjuk arah ketika dia pulang ke kawasan pengembara berjalan kaki utama di Delhi, menurut laporan pada masa itu.

Serangan pada Januari 2014 adalah yang terbaru dalam siri-siri serangan seksual ke atas orang asing di India yang mencetuskan kebimbangan tentang keselamatan wanita di negara itu.

Seorang wanita Poland telah diberi dadah dan dirogol ketika dia melancong ke Delhi bersama anak perempuannya, di dalam sebuah kereta, sebelum serangan ke atas wanita Denmark itu.

Hari ini kelima-lima tertuduh, yang diiringi polis memasuki mahkamah, hanya memperlihatkan emosi sedikit apabila keputusan dibacakan.

Sama ada mangsa mahupun anggota keluarganya tidak hadir di mahkamah bagi mendengar keputusan itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA