Lima tan dadah dirampas

Lima tan dadah dirampas

BEIRUT, 30 Dis – Kastam Lubnan merampas lima tan pil jenis Captagon amphetamine dan hashish di Lapangan Terbang Beirut yang disembunyikan dalam meja sekolah untuk diseludup ke Mesir, kata sumber keselamatan.

Sementara itu, sumber berkata, pasukan keselamatan di utara Lubnan menjumpai dua bengkel memproses Captagon dan dadah lain dalam beberapa siri serbuan.

Katanya, serbuan dilancarkan selepas beberapa rampasan di lapangan terbang berkenaan sejak beberapa bulan lalu termasuk yang membawa kepada penahanan seorang kerabat diraja Arab Saudi.

Menteri Kewangan, Ali Hassan Khalil pula berkata, serbuan di lapangan terbang itu adalah yang terbesar dan dadah berkenaan akan diseludup ke negara-negara lain selain Mesir. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA