Lima terbunuh dalam pergolakkan di Congo

Lima terbunuh dalam pergolakkan di Congo

BRAZZAVILLE, 6 April – Sekurang-kurangnya lima orang maut dan bangunan telah dibakar dalam pertempuran antara tentera kerajaan dan pemberontak yang disyaki di ibu negara Congo. Menurut kerajaan hari ini, kira-kira 50 orang telah ditangkap atas ‘serangan pengganas’.

Belasan penyerang turut terbunuh dalam pertempuran di selatan bandar raya Isnin lalu, yang menyaksikan enam balai polis, sebuah dewan bandar dan dua pusat pemeriksaan kastam dibakar, kata jurucakap kerajaan Thierry Moungalla di Twitter.

Pertempuran senjata berat meletus sebelum subuh di selatan Makelekele dan daerah Mayana di Brazzaville, yang setia kepada pembangkang, membawa beribu-ribu penduduk yang panik melarikan diri.

“Tiga anggota pasukan keselamatan, dua orang awam dan 12 penyerang terbunuh dalam pergolakan,” jurucakap kerajaan Thierry Moungalla berkata di Twitter, sambil menambah bahawa “enam anggota pasukan keselamatan cedera, serta beberapa orang awam”. “Dalam operasi polis semasa serangan, pasukan keselamatan telah menahan kira-kira 50 bekas anggota militia, yang melakukan serangan tersebut.”

Warga yang melarikan diri dari keganasan telah berkumpul di Gereja Katolik Moungali sehari selepas se-rangan yang berlaku di Brazzaville, Republik Congo. - Reuters
Warga yang melarikan diri dari keganasan telah berkumpul di Gereja Katolik Moungali sehari selepas se-rangan yang berlaku di Brazzaville, Republik Congo. – Reuters

Kerajaan menyalahkan pertempuran, yang muncul selepas pilihan raya yang dipertikaikan pada bulan lepas, kepada militia ‘Ninja’ Nsiloulou yang dibubarkan, yang mana punca kepada dua peperangan di tahun 1990-an.

The Ninjas yang diketuai oleh pendakwah Penganut Frederic Bintsamou, yang dikenali sebagai Pastor Ntumi, yang baru keluar memihak kepada calon presiden pembangkang Guy-Brice Parfait Kolelas, naib calon presiden dalam pilihan raya 20 Mac. – AFP