Lima universiti Australia diiktiraf terbaik dunia

Lima universiti Australia diiktiraf terbaik dunia

SYDNEY, 6 Sept – Lima universiti Australia telah dinamakan sebagai 100 institusi tinggi terbaik yang teratas di dunia dalam senarai Ranking Universiti Dunia QS, yang dikeluarkan hari ini.

Mendahului senarai adalah Universiti Nasional Australia yang menduduki tempat ke-22, diikuti oleh Universiti Melbourne di tempat ke-42, Universiti Sydney di tangga ke-46, Universiti New South Wales di tempat ke-49, Universiti Queensland di tempat ke-51 dan Universiti Monash di tempat ke-65.

QS Quacquarelli Symonds yang berpangkalan di Britain, yang mengeluarkan ranking itu, berkata university Australia pada tahun ini adalah terkenal kerana mempertingkat prestasi penyelidikan mereka, diukur dengan jumlah sijil penghargaan kertas penyelidikan yang dicapai oleh sebuah university setiap anggota kakitangan akademik.

Di seluruh dunia, Institut Teknologi Massachusetts menduduki tempat teratas dalam ranking QS, diikuti oleh Stanford dan Harvard masing-masing di tempat kedua dan ketiga. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA