Limbang jadi tumpuan

Limbang jadi tumpuan

Oleh Arissa

 

LIMBANG, 30 April – Sekitar 100,000 orang pengunjung dari Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan negara jiran Brunei dijangka akan membanjiri Kompleks Sukan Limbang bagi memeriahkan Program Sejiwa Senada (SJSN) 2016 yang akan berlangsung di Limbang pada 1 hingga 3 April ini.

Menteri Pelancongan dan Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata program SJSN kali ini lebih istimewa kerana selain Seratok, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak juga akan merasmikan program itu di Limbang pada Sabtu, 2 April.

“Selain Seratok, SJSN di Limbang kali ini akan dihadiri oleh dua pucuk pimpinan tertinggi iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selain kehadiran Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem,”katanya pada sidang media mesyuarat Program SJSN di Limbang semalam.

Turut sama ialah Menteri Muda Perumahan merangkap Menteri Muda Pembangunan Belia Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Misnu Taha, ADUN Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Limbang Maria Hasman, Pegawai Daerah Limbang Hamdiah Bakir, Pegawai Daerah Lawas Hussaini Hakim dan ketua jabatan kerajaan lain.

Abang Johari berkata kehadiran kedua-dua pemimpin ini, sangat penting kerana ia menggambarkan jalinan kerjasama yang erat antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Pengarah urusan Tanjong Manis Resources Sdn Bhd yang juga anak syarikat Pusaka, Ling Chong Kiong (lima kiri) menyerahkan replika kunci Proton Axia kepada Maria, (dua kiri) disaksikan Paulus (kiri), Misnu, Abang Johari, Abdul Karim (tiga kanan) dan Dr Abdul Rahman (dua kanan) semalam.
Pengarah urusan Tanjong Manis Resources Sdn Bhd yang juga anak syarikat Pusaka, Ling Chong Kiong (lima kiri) menyerahkan replika kunci Proton Axia kepada Maria, (dua kiri) disaksikan Paulus (kiri), Misnu, Abang Johari, Abdul Karim (tiga kanan) dan Dr Abdul Rahman (dua kanan) semalam.

Mengulas lanjut mengenai SJSN Saratok, Abang Johari berkata ia padat dengan pelbagai program seperti pameran pembangunan, pentas rakyat, persembahan hiburan artis jemputan khas dan tempatan, pameran usahawan Sarawak, aktiviti masyarakat, seminar pembangunan dan kepimpinan ketua masyarakat/ketua kaum, ceramah dan e-Peraduan.

“SJSN Limbang menawarkan hadiah utama, iaitu sebuah kereta Perodua Axia untuk e-Peraduan diikuti banyak lagi hadiah menarik antaranya seekor kerbau, motosikal, set televisyen, telefon pintar, peti sejuk dan pelbagai barangan lumayan lain.

“Pengunjung juga akan dihiburkan oleh artis terkenal tanahair termasuk Dayang Nurfaizah, Datuk Jamal Abdillah, Bob Yusof, Ifa Raziah, Rahmat Mega, Sheeda Dangdut dan artis tempatan di Sarawak,”ujarnya.

Beliau turut mensasarkan jumlah pengunjung SJSN di Limbang hujung minggu ini mencecah 100,000 orang khususnya pengunjung dari negara jiran Brunei dan wilayah kepulauan Borneo.

Katanya lagi Program SJSN amat signifiken dalam menerangkan kepada rakyat mengenai jalinan dan hubungn antara rakyat dan kerajaan yang diibaratkan seperti irama dan lagu yang berpisah tiada.

Jelasnya lagi melalui program ini rakyat dapat mengetahui dasar dan kejayaan yang dicapai kerajaan negeri dan pusat selain dasar pembangunan yang dijalankan Adenan.