Limbungan baru ISS dipasang

Limbungan baru ISS dipasang

MIAMI, 19 Ogos – Dengan lebih banyak kapal angkasa swasta dijangka berlabuh di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dalam masa beberapa tahun, dua angkasawan AS dilihat bersedia melakukan perjalanan angkasa hari ini untuk memasang tempat berlabuh khas bagi mereka.

Jeff Williams dan Kate Rubins dari AS akan melangkah keluar dari makmal orbit untuk memasang pemadan limbungan antarabangsa yang melancarkan kapal kargo SpaceX Dragon bulan lalu.

NASA menggambarkan peralatan itu sebagai ‘cara metafora ke masa depan’ yang bakal membolehkan generasi baru kapal angkasa AS – yang pertama sejak program kapal angkasa berakhir pada 2011 – untuk membawa angkasawan ke stesen angkasa.

Pemadan limbungan itu adalah yang pertama daripada dua tambahan ke ISS dengan pemadan kedua dijangka akan dibawa pada 2018.

Gambar serahan NASA menunjukkan Jeffrey Williams (kiri) dan Kate Rubins memasang limbungan baru di ISS, kelmarin. – AP
Gambar serahan NASA menunjukkan Jeffrey Williams (kiri) dan Kate Rubins memasang limbungan baru di ISS, kelmarin. – AP

Pengurus integrasi operasi ISS, Kenneth Todd menggelar pemasangan itu sebagai “kejayaan signifikan dalam laluan untuk membangunkan keupayaan kru komersial.”

Pemadan bulat berukuran sekitar 42 inci itu (satu meter ) panjang dan sekitar 63 inci (1.6 meter) lebar itu dibangunkan oleh Boeing.

Ia akan berfungsi bersama CST-100 Starliner, Boeing dan Crew Dragon SpaceX, dua kapal angkasa yang dalam pembinaan dirancang untuk membawa angkasawan ke stesen angkasa.

Pemadan limbungan itu lebih canggih berbanding peralatan lalu kerana ia akan membolehkan meletakkan kapal secara automatik berbanding proses sukar yang ada sekarang. – AFP