Lin buru kejayaan di Terbuka All-England

Lin buru kejayaan di Terbuka All-England

BIRMINGHAM, United Kingdom, 8 Mac (AFP) – Persembahan terbaik Lin Dan, pemenang pingat emas perseorangan lelaki Olimpik dua kali minggu ini memburu gelaran Terbuka All-England keenam pada usia 32 tahun akan dilakukan, menurut Peter Gade.

Bekas juara All-England dari Denmark itu, Gade adalah pemain terbaik yang masih bertahan dalam era moden.

Jika Gade tepat, pertandingan tertua dunia itu, yang bermula di Birmingham esok, akan menyaksikan salah satu legenda terbaiknya mempamerkan kemahiran unik dalam persembahan yang sukar diramal mereka.

Sama ada kebangkitan selepas tiga tahun yang sukar berlaku bagi Lin, dikenali sebagai ‘Super Dan’ minggu ini, atau sebaliknya apabila dia memburu bagi memecahkan rekod emas ketiga pada Sukan di Rio pada Ogos, masih menjadi satu persoalan.

“Lin Dan memikirkan Olimpik buat masa yang panjang, dan banyak perkara berlaku mengenainya,” kata Gade, yang juga sekarang jurulatih kebangsaan Perancis. Dengan perjalanan dan pertandingan terhad, Lim mungkin akan mengukuhkan stamina dirinya yang sudah berusia 32 tahun.

“Kita masih perlu melihat yang terbaik dari Lin Dan, jelas Gade. Dia akan datang dengan cara yang berbeza bagi Olimpik, Tetapi sama ada dia akan membukanya sekarang dan kita akan melihat yang terbaik minggu ini, kami tidak tahu.” Lin memenangi dua gelaran pada tahun lepas, dan sekarang menghampiri lapan sejak kejayaan terakhirnya dalam All–England empat tahun yang lalu.