Lin Dan sekat hajat Chong Wei

Lin Dan sekat hajat Chong Wei

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Badi kekalahan kepada juara Olimpik, Lin Dan dari China terus menghantui jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang tumpas buat kali ke-25 kepada lawan itu, hari ini.

Lin Dan, bekas juara dunia lima kali, hanya mengambil masa 46 minit untuk mengatasi Chong Wei menerusi kemenangan 21-17, 21-10 di pusingan kedua Kejohanan Siri Super Terbuka Jepun di Gimnasium Tokyo Metropolitan, Khamis. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA